4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, April 18, 2010

hati a.k.a heart : part 2

salam ukhwah...salam 1 Malaysia

pagi ni terdetik nak teruskan entry dengan sambungan entry semalam...so sekarang part 2...rasa idea nak tulis mencurah2...tp nak buat ayat susah pula...itulah dulu SPM bahasa melayu tak dapat A......jom kita berbicara lagi tentang soalnya hati.....

entry aku kali ini untuk diri aku sendiri dan di kongsi dengan semua....ilmu aku juga cetek...aku masih belajar....tak kan tamat pembelajaran selagi kita masih bernafas...marilah membaca menambah ilmu di dada..

Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :

"Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati"
riwayat bukhari


Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.

Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel , dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya , segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya.

Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.

aku baca artikel ni yang di tulis oleh TUAN ASMAWI TUAN UMAR...untuk maklumat lanjut klik sini

terasa kerdilnya aku bila membaca blog2 ilmiah...rasanya tak mampu aku untuk menulis @ berbicara soal hati sebenarnya, seperti yang aku kata tadi ilmu aku cetek... TAZKIRAH MALAM : BICARA TENTANG HATI blog seorang teman saudara seISLAM...kagum aku bila dapat membaca tentang bicara beliau

mungkin kita boleh cuba membeli @ meminjam buku ini :


SUka? > klick button "LIKE"...

2 comments:

  1. salam.....ukhwah,

    Hati adalah kejadian Allah swt yg sangat menakjubkan. Ia mempunyai pelbagai nama di dlm ajaran Islam. Di antaranya sdi sebut roh, ada juga disebut jiwa.
    hati atau roh, lebih dahulu dijadikan sebelum manusia itu sendiri, bukan berbentuk jisim spt jasad kasar tetapi bersifat rohaniah, sesuatu yg tak dapat dipegang atau dilihat.

    skamar rindu..

    p/s: mohon izin follow ur blog..nice entry

    ReplyDelete
  2. thx...sekamar rindu...cuz sudi follow bingkisan hati.....nk follow sekamar rindu jg...

    yuppp thats rite...hati, tercipta sebelum wujudnya jasad...

    ReplyDelete

thank you sebab sudi mengomen....

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!