4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Welcome 3rd trimester



Hye readers..

Hati berbunga-bunga hari ini..sebab dah masuk penghujung 2nd trimester.. Syukur Alhamdulillah, tomorrow are beginning of 3rd trimester. Dengan harapan Anakku sihat dalam perut ibu yang comel ini...



macam ni lah agaknyakan dalam perut ibu

menurut web: i-am-pregnant.com anak ibu dah 15.75 inches bersamaan 40 cm... dan berat 2.4 pound lebih kurang 1kg... hummm yeke??? maybe la kan...itu estimate ja kan... apa-apa pun hope anak ibu and abah sihat tau...tak sabar nak tengok anak ibu and abah ni... insyALLAH lebih atau kurang lagi 84 hari lagi menanti saat itu...




 zaman-zaman canggih ni macam-macam info kita boleh dapat... walaupon tak dapat tgok movement baby dalam perut sendiri tengok video dekat you tube pon dah rasa gembira sangat.... Tunggu baby besar sikit lagi nak scan 3D...nak tengok baby kat dalam.. "say hiiiii to ibu n abah sayang" heheheh :)

Jantina Baby pon belum pasti hehehe...kononnya nak suprise, boy or girl ibu n abah tak kisah sayang... mommy and daddy to be mood: happy jer... esok insyaALLAH aku update keadaan aku okey!!



SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, July 5, 2012

15 Syaaban - The beginning of newly Record

 Assalamualaikum Viewers


Alhamdulillah... syukur padamu ya ALLAH kerana tahun ni dapat lagi aku merasa bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan, Bulan Syaaban merupakan Bulan sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa. 15 syaaban, jadi lagi 15 hari bulan Ramadhan akan muncul pula. Aku ni masih ragu-ragu sama ada aku mampu untuk menjalani ibadah puasa pada Ramadhan akan datang...

So hari ni aku nekad untuk mencuba untuk berpuasa. Alhamdulillah lagi sekali sekarang sudah pukul 4.00pm 15 syaaban 1433 bersamaan 5 julai 2012 aku masih berpuasa, anak dalam perut pun baik harini, dari bangun sahur pagi tadi dah siap-siap pesan dekat dia... "kita puasa hari ni ye sayang", mungkin dia faham...lepas ni nak ajar dia puasa sebulan di bulan Ramadhan InsyaALLAH...

sekarang usia kandungan 27weeks 5days....harap perut and baby tak buat hal sampai maghrib nanti.. terbayang baby dalam perut buat apa la, "sayang sihat je kan?? jap g ibu makan k...sabar tau sayang" memberi motivasi kepada anak and diri sendiri (sambil gosok perut)..

gambar ambil from baby-gaga
Semua mesti nak tahu kan apa tips ibu hamil kalau nak berpuasa... hahaha tak ada tips selain NIAT dan NEKAD untuk berpuasa, mohon doa kepada ALLAH swt semoga dipermudahkan... Syukur Alhamdulillah hari ni rasa lain dari hari-hari yang lain, Baby pun tak minta-minta macam hari lain.. Menu sahur pagi tadi just makan:

  • nasi putih, telur goreng dan tambah kicap
  • 3 biji kurma
  • segelas susu
  • segelas air putih


gambar ni dari mr. google, tak sempat nak bergambar time sahur pagi tadi hehehe....


kat sini nak share sikit fadhilat bulan syaaban

Antara fadhilat dan amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”


Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, July 4, 2012

Third time - After married

Assalamualaikum kawan-kawan blogger.... nak continue lagi cerita basi ni ( sini )

Alhamdulillah dapat juga aku continue.. pada 26hb Jan 2012 pada hari selasa... aku ponteng keja, jangan tiru aksi ini..hehehehe... bukannya apa, dah delay period sehari... so dah malas nak buat UPT sorang-sorang lagi.. kali ni terus pergi klinik, jumpa doktor and cakap dah delay period sehari ja pon... buat malu ja excited sangat.. 

So doktor pon suruh pembantu dia buat UPT, and kali ni baru la rasa yakin... doktor cakap positif.... Alhamdulillah terasa sangat bersyukur dengan kurniaan ini... en.hubby tunggu kat luar bilik je..xnak masuk sekali,so dia terpinga-pinga bila aku keluar dari bilik doktor buat muka sedih.... sampai masuk dalam kereta baru dia tanya "macam mana result sayang?" aku buat muka sekupang je... pastu aku pun jawab "POSITIVE" gembira bukan main la dia... dah confirm baru la dia yakin... cuma masih risau sebab usia kandungan masih baru 5week.. lepas ni nak kena buat ultrasound juga nak pastikan kedudukkan betul.. +/-9 month from today i'm mommy to be InsyaALLAH........

After 2 weeks, aku pergi lagi sekali ke klinik yang sama untuk buat ultrasound, Alhamdulillah keduduk janin di tempat yang betul, nampak la bulat dot kecik dalam rahim ku... usia kandungan 7weeks.. date jangka lahir (EDD) pada 1 oct 2012...
SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, July 1, 2012

My first time - After married


Nak mula macam mana ni...dah tak reti nak tulis entry...al-maklumlah... rasanya dah 6-7bulan dah tak ter'update blog ni.. start sejak kahwin tahun lepas last entry... okey ye cik jah semua...

u all mesti tertanya-tanya sebut pasal kahwin dah ber'isi ke?? wahhhhh celupar kau jah... memang dah berisi start first month kahwin naik berat 4kg... semua sendat!!!  senang hati la katakan... dah memang genetik berat senang naik..makan tak ingat nak gemuk gedempol....

Alhamdulillah setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga ada pekhabaran gembira, yup...buat urine prengnant test (UPT) result positive... en.hubby la paling excited!!! hummm..nak ke update dari mula preggy ke??? aiiiyok!!! sekarang baby dalam perut sudah 27 week la....banyak la ceriiiiita nak kena tulis... boleh la tulis yg mana ingt je k...

Al-kesah after kahwin ada la miss P datang, then after a few weeks en.hubby bawa balik UPT hahahhah... "nah..ayg amik ni benda ni check..." bersuara jantan.. ye la laki aku memang la suara macam tu... "mana abg dapat benda ni?????" muka cuak! takuttt frust... ermm...macam mana nak guna benda alah ni...study skit dulu..esok pagi2 bgun tdo trus buat ekperimen...jangkaan aku TEPAT ada 1 line jer.. so result -VE...fahamkan dengan maksud aku...so dont give up...masih ada waktu.... 

for the second period miss P hanya ada 2 hari jer... Alamak!!! period dah ting tonggggg!! somebody please help me!! sejak bergelar gadis Miss P memang regular.. mula rasa cuak, fikir aku nak menopos ke? kawin tak sampai dua bulan lg... 

Dalam masa seminggu after miss P.. skali lg en.Hubby bawa balik Benda ajaib tu.... hati ni mula rasa cuak.. Malas sungguh nak pergi kerja..dengan keadaan badan yang selalu letih batuk selsema, dulu antibodi kuat, pelik after kawin trus nak manja-manja..huhuhu Dup-Dap-dup-Dap!! nak buat ke eksperimen lg skali?? Redho je la dengan apa pun result ye wahai Puan Fuzy... 

Pagi-pagi en.hubby gerak bgun subuh dia nak siap pergi kerja...aku pon sama la..cuma dia keluar pergi kerja dulu cuz dia masuk pukul 7am..aku 8am... sebelum pergi kerja en.hubby sempat lagi berpesan, "jangan lupa TEST ok..." muka manis and excited!! aku senyum kelat jer (risau)... so aku redha... bawa benda tu masuk mandi.... buat eksperimen di pagi yg sejukkkk.... so the resultnya... aku pon tak pasti.. trus mandi n solat subuh siap pergi kerja... cerita seterusnya nanti aku continue ok...

SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!