4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

Tanda Nak Dapat Adik??


Assalamualaikum readers!

Dea Aleesya dah pandai pegang-pegang kaki dia sejak seminggu lalu..umur 5bulan 2mggu gitu... bagi aku ini salah satu perkembangan bayi yang positif...dalam proses mengenal anggota badan sendiri.. aku memang tak kisah Dea nak hisap ibu jari kaki... dari Dea masukkan benda yang bukan-bukan kedalam mulut... at least kaki budak ni bukan kotor pun..tak berjalan lagi kan...

keterujaan aku aku pon share dalam facebook gambar Dea hisap ibu jari kaki..heheheh majoriti yang komen cakap "Dea dah nak adik la tuuuuu" adakah ini fakta atau mitos??? tetiba rasa cuak pula bila ramai yg komen benda yang sama...yela ibu dah buat keputusan tak ambil sebarang protection :),

sungguh gigih berusaha nak masukkan kaki kedalam mulut
 Dea memang suka masukkan benda yang Dea pegang ke dalam mulut, apa saja yang ada dekat tangan terus masuk mulut...so dapat je pegang kaki apa lagi terus ngappp! je la, so kaki pun boleh jadi teether, aku syak la Dea gatak gusi thats why la Dea akan sumbat mauk mulut n gigit-gigit....


yeahhhh!!! sampai juga...good job Dea Aleesya

nampak jelas disini...hehehehe sedapnya jari kaki lagi besaq dari jari tangan puas gigit!!

persoalannya disini....adakah betul dengan apa yang orang komen tu.... Dea nak adik lg??? Dea dah boleh ada adik?? orang tua-tua dulu memang banyak pekara yang di kaitkan...

Bukan aku menolak rezeki Allah kalau betul pun Dea akan ada adik...tapi bukan masa terdekat ni...umur Dea setahun mengkin lebih sesuaikn...hehehehe tapi aku memang tak menolak rezeki.... dah ramai yang komen mungkin dah jadi doa untuk aku... apa pun Allah telah merancang sebaik mungkin.....






SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, March 23, 2013

Anak menyembur - Rambut ibu gugur

peeps!!!!

FAKTA atau AUTA ?


gambar ehsan Mr.google

perkembangan Dea dalam masa umur 5 bulan ni banyak sangat... antara yang paling ketara dah pandai menyembur dan hisap jari kaki (next entry i'll story).

pernah aku tanya MIL aku, betul ke lepas bersalin rambut akan gugur? MIL aku cakap nani time ana start menyembur rambut akan gugur... so now its my turn.... memang pun start Dea masuk 5 bulan dia dah pandai menyembur rambut aku gugur bukan main banyak...alahaiii anak... takkan nak salahkan anak sebab menyembur buih/air liur kan... perkembangan anak tu...

Aku rasa benda ni berlaku di secara kebetulan, sampai je waktu/kebolehan bayi untuk menyembur sama dengan perubahan hormon ibu yang menyebabkan rambut gugur... ada tak bayi tak menyembur?? tapi rambut ibu tetap gugur jugakan?? kan?

tengok tu...muncung jer......menyembur sakan

aku dah google FAKTA rambut gugur after bersalin... SINI

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.



alahaiiiii geram dengan muncung tu!

sembur la Dea... ibu tak kisah pun...janji riang ria dengan apa yang kamu buat tu...suka la benda baru yang Dea boleh buat...so akan ulang setiap pagi bila bangun tidur ini la kejanya......


dan di sebabkan banyak sangat rambut gugur abah suruh potong rambut pendek.... alahaiiiiii......!!! dah lama tak buat gaya rambut pendek ni.... ok abah ibu kan pertimbangkannya.... 

errr...rambut pendek..fikir dua tiga kali ni.... kena start google gak nak buat rambut macam mana..supaya tak selekeh bila rambut pendek...







SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, March 22, 2013

Demam campak a.k.a chicken pox

salam readers....

sedih hati ibu!! Near six month old my baby Dea demam lagi... pergi klinik nak ambil ubat check suhu 38.7 C... kesian sangat my pretty girl, semalam aku over time la... dua hari lepas ada dot-dot dekat badan lengan and dagu dia tapi temperature tak panas pun cuma ada batuk sikit-sikit...aku duk tunggu kalau keluar lagi banyak, memang aku suspek chicken pox,cuma belum pasti, semalam pergi ambil ubat aku tunjuk dekat doktor...so dia pun kata chicken pox,cuma kena tunggu dot-dot keluar banyak dulu...

anak ibu 5month 3week dah kena demam teruk....semoga demam ni nak bina imunisasi ye sayang... Dea kena Kuat!! ibu n abah selalu Doa kan yang terbaik utk Dea... Demam,sakit ni biasa la kan...cuma rasa Dea terlalu kecil nak menanggung sakit chicken pox..aku sendiri pun tak ingat rasa macam mana seksa kena chicken pox..maybe aku kena time baby juga kot....

think positif!! inshaa Allah Dea cepat sembuh dan kuat nak lawan chicken pox k...

nampak tak dekat perut bulat tu dah start menggaru....

demam pun layan pocoyo

gambar terbaru: tidur tak nak baring so aku masuk dalam buai kasi duduk je..





semoga Dea cepat sembuh....if betul chicken pox nnt aku update lg k




SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, March 21, 2013

Hidung Luka

Bismillah....

Apa kena la hidung anak ibu ni.... ter eksiden dengan apa la agaknya...atau pun sendiri tarik hidung...ishhh takkan sampai lukakan...konfius ibu..padahal ibu yang jaga Dea 24jam tau...terasa bersalah pula bila jadi camni...maafkan ibu.......memang rasa lain macam walaupun luka tu sikit jer tapi bahagian hidung..Dea memang suka gosok hidung so memang susah nak lega...

cer tengok gambar hidung anak ibu ni....dah comot sikit!!

tengok hidung anak ibu dah macam nak putus .luka

masih ceria ok!


ibu:sakit tak syg?
Dea: ummmmmm sakit la...




walaupun nampak sikit tapi air bisa meleleh nampak sangat Dea macam tak selesa....aku letak minyak gamat untuk hari first tu...tapi kulit muka Dea jadi merah-merah macam tak tahan dengan minyak... so ambil langkah nekad pergi farmasi beli cream yang siap dengan antibiotik taknak ada jangkitan kuman nanti lagi teruk luka merebak... alhamdulillah semakin baik luka tu.... sekarang ni bagi benda mainan pun aku dah tak bagi yang keras,takut Dea tertonyoh luka tu.... i'm care about that k...

tempek gambar ibu sama k....dah lama ibu tak masuk blog hahaha....



ok la....babaiiiii.......jumpa next entry =]



SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, March 17, 2013

DERA atau YOGA?

Bismillah...

Ya ampun...aku baru lepas tengok video "Controversial Baby Dynamics Yoga" astagfirullahalazim.... sesak nafas terasa kecut segala saraf aku... sedang enak Dea tidur petang mendung macam ni aku rasa selamat sebab Dea ada depan mata aku..

Baru-baru ni parent dekat Malaysia ramai yang naik hangin dengan amah Indonesia..kes dia "roti canai" kan baby 4 bulan seusia dengan Dea.... aku pun sama la..tak habis rasa nak penampaq laju-laju muka amah tu....senang je buat anak orang camtu...orang lain penat beranak dia main baling camtu... jauhkanlah manusia seperti itu dari anak ku ya Allah....   

sama ada hampa semua pernah tahu atau tak benda yang lebih kurang sama di lakukan oleh orang barat..katanya yoga untuk bayi atau lebih di kenali sebagai Controversial Baby Dynamics Yoga... tapi bagi aku pekara yang di buat oleh amah indon tu memang kes dera..sebab dia baling baby ke lantai..even berlapik sakit tu tetap ada... tak sanggup aku nak tengok sampai abis.. aku attach kn kat bawah ni...



Berbalik pada benda yang aku nak cerita ni "Controversial Baby Dynamics Yoga" hohohoh GOYA la sangat.....bagi aku juga benda ni sangat la tak releven dengan bayi....dengan sekeras-kerasnya aku memang tak setuju walaupon depa orang barat kata benda ni baik untuk bayi...bagi aku no..NO NO NO!!! tidak sama sekali ok.... 




kalau yoga setakat urut-urut belai-belai ok la..aku pun buat camtu...tapi nampak picture kat atas tu??? haaa baling kot....mau tercabut tangan baby....owhhh risau!!! malas cerita panjang-panjang... hampa tengok video dia plak..pastu bagi komen hampa plak...



so macamana??? boleh ke nak buat dekat baby camni...aku selagi slow motion nak layan anak aku..takut sakit ke apa ke kan.... atau ada sapa berani nak try buat kat anak hampa????

Pakar perubatan sudah lama memberi amaran bahawa pergerakan dramatik dan tidak semula jadi seperti yoga bayi boleh menyebabkan sindrom bayi bergoncang (SBS).

untuk ulasan lanjut sila klik Bayi diayun-ayun kosmo online.....






SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, March 16, 2013

Bayi berenang

Hye readers...

Memandangkan anak aku ni Dea Aleesya memang cenderung dengan air.... terpasang niat aku nak ajar Dea swimming tau.... tapi bukan aku la yang ajar sebab ibunya kalau lepas dalam air 6kaki dalam boleh membawa maut...hahahahha serius aku tak pandai berenang... teruja Dea dengan Air 

tambahan aku ni terpengaruh tengok video mat saleh ajar budak kecik berenang comel okehhh.....

geram aku tengok..... tapi ada ke masa nak bawa p swimming pool bagai....sebab yang nak ajarnya bukan aku...si abah sibuk mencari rezeki..bila weekend cuti sibuk pula dengan riadhah badminton,bola sepak and futsal....hummmm nak hantar kelas swimming tak mampu lagi kot...hehehehe 

tapi inshaaAllah satu hari nanti....chewahhhh bukan aku nak suruh Dea jadi macam panga lela renong pun....just tau berenang dah cukup puas hati tau...sebab aku dapat rasakan bertapa susahnya bila dah tua macma aku ni nak belajar berenang....memang tak la....

cita-cita ibu untuk anak.... =]


 



SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, March 15, 2013

Nuffnang

Alhamdulillah.......

Lama aku tak update tentang Nuffnang, sebab mungkin aku merajuk..yuppp memang aku merajuk dengan Nuffnang...almost 2years aku tak cerita pasal mamat nuffnang ni...last entry nuffnang march 2011 ...time tu aku dah redeem duit hasil berblog selama 2year...baget kaya la...kenapa aku merajuk dengan nuffnang ni....sebabnya dah lama kumpul duit tu then dah jadi RM0.00 tup tup tup duit tu tak dapat...nuffnang declare aku click fraud cissssss!!!! sakit hati mak! 

memang merajuk mati la aku time tu....pastu tu berblog pun dah tak pandang iklan nuffnang yg berlengar2...ntah la nak dapat CPUV ke..nak dpat CPC ada mak kisah.... dah nama pun merajukkan...dan lepas tu memang aku tak click iklan yang ada... (ada maybe sebab aku tertarik nak tau iklan apakah...)

lately hati aku dah sejuk sikit....sejak tengok macam nuffnang nak pujuk aku....serius aku dah tak merajuk dengan nuffnang. secara officialnya aku maafkan nuffnang k... baget nuffnang baca la ni...
 

thank you nuff...muahhhh kiss ketat-ketat

see masih ada tiga CPUV berlegar-legar di blog aku...(3 je pun tu pon nak kecoh) thank you nuffnang!!! terbaru Clinique 11 march....and u mobile tempek la lelama sikit tau..hehehehe kalau terus macam ni memang i setia la dengan u nuffnang..tak kan curang k.... =) 

Nak sharing earning sekarang pun buat malu je...sebab memang dah tak aktif berblog...baru-baru ni jer tak dak keja sangat so curi-curi masa taip lelaju update la juga blog dari bersawangkan....

kalau earning dah banyak nanti aku update la...sekarang i ciputttt jer...heheheh nak kumpul banyak-banyak buat duit ni boleh bawa Dea jalan-jalan....

bubbye!!!! 




 


SUka? > klick button "LIKE"...

Tidur

Bismillah...

Menaip entry dikala "malam jumaat" dua orang kesayangan aku dah pun selamat ke destinasi mimpi masing-masing....Alhamdulillah, si Abah penat berkerja dah mengeruhhh pun... (mengeruh = berdengkur), si comel tu baru aku mula nak menaip dah berbunyi so kena kasi tenteram itu budak dulu....

Malam jumaat, eh! cerita malam jumaat!! menyampah,,,aku dah lama tak tengok tv..especially tv3...ada ka asyik cerita horor jer....mentality orang melayu! dah tersemat sejak kecik malam jumaat malam ada hantu..puiiiii!!! malam jumaat ni malam baik-baik..malam cari pahala lebih atau malam nak cover dosa yang lepas-lepas... bagi yang dah kahwin tu sebut je malam jumaat senyum sampai ke telinga...yang tu jer yang terlintas..adoiyaiiii T____T adakah aku tergolong?? uitttt mencarut beleter apa aku panjang-panjang ni...

Back to the topic entry malam jumaat ni.... tidur...ya tidur.. lately aku sangat la risau dengan polar tidur Dea, seriously melihat sendiri perkembangan anak depan mata macam-macam yang aku fikirkan.. polar tidur Dea sekarang adakah normal macam anak orang lain... so aku pun tanya en.google la malam jumaat ni...



so input yang aku dapat...umur Dea around 5mo++ near to 6mo, kira memang normal la polar tidur Dea sekarang camtu after di congak di tambah tolak waktu tidur bayi 6mo adalah around 14 to 15 hour per day. Dea tidur waktu malam lebih kurang / purata 12jam.. sometime she sleep at 8pm-8am...kadang terover main 10pm-9am....(tak kira terjaga waktu tengah malam) camtu la setiap malam....plus waktu siang susah aku nak jangka... Dea memerlukan between 2-3hour untuk memenuhi syarat tidur bayi yang sebetulnya...

Tidur siang dea la yang aku risau sekarang ni...alahaiiii anak ibu tidur siang sangat la sekejap sekejap...pastu nak tunjuk perasaan..hadoiii dah tidur tak cukup kan... sekali tidur 30min...pastu terjaga nak nangis--its normal la baby menangis tu tanda positive juga...(ekspresi diri) kalau tiga kali tidur baru 1jam1/2...itu kalau tiga kali tidur selalunya Dea tidur siang dua kali jer....means sejam jer....penat2...tak dan ibu nak manja kan diri sendiri kena manjakan Dea dulu la...

okey pasni aku nak pastikan dan kena ikhtiar cara nak bagi Dea tidur siang 3-4jam, dua kali tidur 1jam 1/2 ok la kan.....

apa yang aku risaukan sebab musabab dengan tidur ni nampak remeh je kan....pada hal dengan tidur ni bagi kesan beb! cer baca artikel ni Tidur cukup bentuk tingkah laku anak

So as a mommy sangat risau dengan tidur Dea...tidur ni sangat penting untuk pertumbuhan atau perkembangan otak bayi.....tidur mepengaruhi emosi bayi sehingga dewasa... baca artikel ni.. Ibu bapa perlu tegas


Boleh la try tips nak tidurkan bayi dari johnson&johnson

“Kajian dijalankan Johnson & Johnson menunjukkan mandian serta urutan boleh menenangkan bayi serta memberikan tidur yang lena sepanjang malam. Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan bayi rehat sehingga esoknya. Gel mandian dan krim losen Johnson menggunakan pati NaturalCalm dirumus dengan aroma nyaman dan pati bunga melur lembut. Kedua-dua produk ini terbukti secara klinikal dalam membantu bayi dan kanak-kanak tidur lebih lena dan lama sepanjang malam.


InshaaAllah aku akan cuba untuk menetapkan waktu tidur...supaya dea akan terbiasa tidur ikut jadual lepas ni... 



adios!!! jom ibu pun perlu cukup tidur untuk jaga Dea esok hari....



SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, March 10, 2013

Review Botol Susu dan Sippy Cup



Bismillah... happy sunday...

Review Botol Susu
Update entry tentang botol susu Dea Aleesya.... mula sekali syukur sangat Dea dah tak reject botol 100%, walaupun hanya minum susu macam nak tak nak paksarela,tapi dia dah accept la dari melalak je kan....maybe dalam 70% la...masih belum great A, lagipun ibu masih belum berkerja...inshaa Allah nanti bila Ibu dah kerja Dea jadi anak yang baik,pandai berdikari...siang Bf guna Botol malam baru Df okey sayang!... :) boleh rujuk bertapa kecewanya aku bila Dea reject botol di entry lepas #part 1 and #part 2

teat yang Dea accept adalah jenama MAM...hehehe sama nama dengan nama glamor abah... tapi untuk 2nd puting juga la baru Dea terima....dah tak cantik puting yang first...dan nak kongsi pengalaman aku yang aku telah mix and match botol susu... :) memandangkan tudung botol susu MAM telah tak dapat di kesan (botol secondhand ambil dari kak long aku..same situasi ngajar anak guna botol,so banyak la koleksi dia...rembat satu)....lagi satu MAM ni banyak accessory dalam tu nak kena cuci malas aku :(, so aku mix match teat MAM dengan botol susu Avent, fuhhh nasib baik padan, tak la aku beli botol baru...kalau Dea dah 100% guna botol baru nak cari yang baru...taknak membazir..tetttt........ muat elok ja size wide neck same spesis hehehe.....

gambar tak berapa nak clear,tapi boleh nampak mix match MAM+AVENT


kembang hidungmu anakku...nak nabis 1-2oz pun....

pandai Dea berlakon..


Review Sippy Cup
baru dua tiga hari je perkenalkan sippy cup dekat Dea...so far Alhamdulillah Dea memang suka Dengan Sippy cup ni...sebab pertama memang Dea yang pilih nak Sippy cup ni...chewaaaahhh macam pandai dah memilih... alkesah jalan-jalan dekat tesco..abah tunjuk mainan ibu tunjuk sippy cup...Dea teruja yang mana satu nak ambil...Dea membuat pilihan yg tepat bila dua tiga kali menoleh kiri kanan nak pilih yang mana satu...then terus Dea ambil sippy Cup....

sippy cup tommee tippee, opsss cap tak letak...
antara yang menarik tentang sippy cup ni adalah seperti berikut:
  • Super soft silicone spout - memang lembut sangat
  • Available in fun and funky colours
  • Hygiene cap
  • Interchangeable lids and bases throughout the range
  • 300ml cup with easy grip handles
  • Dishwasher, microwave and steriliser safe
  • Suitable for babies 4 months +
  • BPA-free
sippy cup tommee tippe ni kan warna yang menarik perhatian... ciri-ciri menarik perhatian tau, soft spout..so tak risau sangat takut gusi terluka ka apa kan....boleh jadi teether juga ni..Dea memamng suka mengigit sekarang ni..nak tubuh gigi gatal gusi la kot kan.....lagi satu selagi tak hisap air tak kan keluar..maknanya kalau tunggang terbalikkan botol tu air tak menitik i like!!!.... 

contoh warna dan pilihan yang lain

 yang menariknya aku try buat mix match teat tommee tippee dengan sippy cup ni....heheh padan juga..boleh la kalau nak guna teat dekat sini sekali sekala if dia accept why not...

sesuai je siap ada pemegang lagi...

bukan main lagi Dea hisap...main igit jer ni...

sampai tak pandang ibu dah...
letak EBM dalam ni sekali dua sedut ja habis....bukaan besarkan bukan macam puting botol, bila Dea guna sippy cup ni tak boleh tinggal suka hati la..kena tengok sebab takut tersedak baru mula nak belajar guna...botol keluar air sikit-sikit jer...yang ni sekali sedut haaaaaaaaa amik kau...penuh mulut...masih dalam mood belajar menggunakannya...



ok...selesai sudah review yang tak berapa nak review...aku bukan pandai nak review..hahaha just sharing je la...ok bubbye!!!







SUka? > klick button "LIKE"...

Dea Aleesya dah dapat adik

Bismillah...

Adakah tak terlalu awal untuk Dea menerima adik? auwwhhhh memang la awal..seawal 4bulan Dea dah dapat adik... rezeki Allah Alhamdulillah...

jangan nak melalut....huhuhu aku tipu,,x_x,..aku belum nak mengandung..tapi kalau rezeki apa salahnyakan terima seadanya....bukan adik kandung okey!!! adik sepupu jer...anak adik aku la...maknanya di sini sepupu Dea Aleesya la...

siang tadi majlis cukur jambul Aimy Imani (lupa nak introduce nama)... so kami beramai2 la pergi....sangat best dapat jumpa adik Aimy ni...jom layan gambar aleesya dan imani... 

Dea Aleesya 5month and Aimy Imani 1month old


Yeahhhhh...my name Aimy imani...saya masih kecik kakak Aleesya wait 4 me....



Senyum kambing Dea heheheh jgn buli amani k...


okeh as usual entry pendek-pendek ringkas yang mungkin.....cuz budak senyum kambing tu dah tak poo poo seminggu...nanti esok-esok aku cerita pasal poo poo Dea k..


bubby....assalam...


SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, March 1, 2013

Barang Baby |pre order 28/2/2013|

STICKY POST  

please scroll down for the next entry... Thank you very much reader

jom order barang-barang baby...untuk anak-anak dan sebagai hadiah...


1.ROMPER CARTER'S 5IN1 LENGAN PENDEK.

*gambar contoh.*

HARGA :: RM30/PACK
(5 pcs / pack)

saiz 
3M(3.6kg-5.7kg)
6M(5.8kg-7.5kg)
9M(7.6kg-9.3kg)
12M(9.4kg-11.1kg)
18M(11.2kg-12.5kg)


2. ROMPERS CARTERS 5IN1 LONGSLEEVE.


*gambar contoh.*

HARGA :: RM36/PACK
(5 pcs / pack)


saiz 
3M(3.6kg-5.7kg)
6M(5.8kg-7.5kg)
9M(7.6kg-9.3kg)
12M(9.4kg-11.1kg)
18M(11.2kg-12.5kg)



3. ROMPER CARTER'S 4IN1 SHORTSLEEVE WITH STOKING 


HARGA :: RM36/PACK

SAIZ
0-6 SAHAJA.


4.Calvin Klein 3IN1 baby jumper

INI CONTOH JUMPERS CK

SATU SET ADA 3HELAI

HARGA :RM50/pack

saiz 
NB
3m(0-3m)
6m(3-6m)
9m(6-9m)
*setiap saiz boleh pakai extra 2-3m



UNTUK ROMPERS,TIGHT DAN JUMPERS 

design tak boleh pilih.sebab aku akan pilih kan.sebab bukan ready stock kan.

aku collect order ramai-ramai,aku p beli secara borong.

so sama-sama dapat harga borong.

dan aku akan pilih yang cun-cun saja.

setiap pack rompers akan ada 2design belang.
^___^



Cas postage UNTUK SEMENANJUNG   

dikira berdasarkan kuantiti tight,rompers&jumper.





0.00kg -0.75kg : RM 6.00(1-5helai)
0.75kg -1.00kg : RM 8.00(6-10helai)
1.01kg -1.25kg : RM11.00(11-15helai)
1.25kg -1.50kg : RM13.00(16-20helai)
1.50kg -1.75kg : RM15.00(21-25helai)
1.75kg -2.00kg : RM19.00(26-30helai)



POSTAGE KE SARAWAK UNTUK ROMPERS&JUMPERS

Bawah 500g RM 10.00(1-5helai)
0.50kg - 0.75kg:RM13.00(6-10helai)
0.75kg -1.00kg : RM16.00(11-15helai)
1.00kg -1.25kg : RM19.00(16-20helai)
1.25kg -1.50kg : RM21.00(21-25helai)
1.50kg -1.75kg : RM23.00(26-30helai)
1.75kg -2.00kg : RM25.20(31-35helai)



CAS POSTAGE ROMPERS&JUMPERS,TIGHT KE SABAH
Bawah 500g RM 12.00(1-5helai)
0.50kg - 0.75kg : RM16.00(6-10helai)
0.75kg -1.00kg : RM19.00(11-15helai)
1.00kg -1.25kg : RM23.00(16-20helai)
1.25kg -1.50kg : RM26.00(21-25helai)

1.50kg -1.75kg : RM25.00(26-30helai)
1.75kg -2.00kg : RM28.00(31-35helai)







contoh :
1pack ada 5helai,so postage RM6.
kalau 2pack ada 10helai,so postage only RM8..

dan seterusnya ya.



cara nak add FB aku and PM inbox untuk order rompers :-
-nama
-alamat
-no fon
-rompers untuk girl or boy or unisex
-saiz apa
-berapa pack nak

LAGI BANYAK MEMBELI..LAGI MURAH POSTAGE!!!




5. ELC PUPPLE

barang sebijik macam gambar.
tak ada kotak.

HARGA :: RM110/PCS

POSTAGE
SEMENANJUNG RM10
SABAH RM28
SARAWAK RM23



6. PLAY GYM


BRIGHT STAR PLAYMAT
HARGA :RM 90/PCS



PLAY GYM MOTHERCARE
HARGA: RM100/PCS

The Bright Starts Pretty in Pink Supreme Play Gym is a fabulous play gym for babies from birth, with lots of fun toys and sounds to keep your baby entertained .
  • Includes plush flower chime, oversized mirror, soft butterfly with crinkle wings, plush snail, teether and spinning rattle
  • Completes with a well-padded mat 
  • The toy bars are removable so the mat can also be used for tummy time
  • Machine washable play area
  • Suitable from birth
POSTAGE 
SEMENANJUNG RM10
SABAH RM18
SARAWAK RM16
7. LAMAZE TOYS
(if toy pilihan anda tak ada stock,toy anda akan saya tukar dengan sebarang toy yang ada stock,if setuju baru place order ye..)


kuda (CODE 001)
labah-labah (CODE 002)
monyet (CODE 003)
gajah merah (CODE 004)
rama-rama (CODE 005)
singa (CODE 006)

kumbang (CODE 007)
landak (CODE 008)
girl (CODE 009)
naga (CODE 010)
princess (CODE 011)
gajah ungu (CODE 012)
HARGA :: RM24/TOYS


POSTAGE 
SEMENANJUNG :: RM6
SABAH :: RM11
SARAWAK :: RM9

BELI LEBIH DARI SEEKOR,POSTAGE AKAN DI BERITAHU KEMUDIAN.

*HANYA YANG BERSETUJU UNTUK MAINANNYA DITUKAR (SEKIRANYA MAINAN YANG DIPILIH TIADA STOCK), HARAP MAKLUM....*



8.lamaze inchworm

HARGA :: RM23/EKOR


POSTAGE :: 
SEMENANJUNG :: RM6
SABAH :: RM11
SARAWAK ::RM9



PADA YANG BERMINAT NAK ORDER,SILA ADD SAYA DI FACEBOOK,SEBAB SAYA AKAN UPDATE TENTANG BARANG DI FACEBOOK.

  DAN SEGALA URUSAN JUAL BELI ADALAH MELALU INBOX FACEBOOK...


  ORDER DI BUKA sehingga 28.2.2013
PEMBAYARAN PERLU DIBUAT PADA 23.2.2012 HINGGA 28.2.2013

BARANG AKAN SAMPAI PADA ANDA SELEWATNYA PADA 12.3.2013 @LEBIH CEPAT PADA TARIKH YANG 
DIBERITAHU. SELALU AWAL BULAN SAMPAI

SILA ORDER AWAL JIKA HENDAK BARANG DI POS AWAL .

BOLEH INBOX FB  SEKARANG UNTUK BOOKING.
SAYA AKAN HANTAR ACC AKAUN BILA SAMPAI 
DATE UNTUK START BANKIN/TRANSFER.
*SILA BOOKING AWAL YA*
SENANG SAYA NAK KIRA ORDER.

TOLONG!PM INBOX FACEBOOK:
 NAMA,ALAMAT DAN NO FON . UNTUK MENGELAKKAN SAYA TERLEPAS PANDANG PADA ORDER ANDA.

SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!