4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label sunnah Rasulullah SAW. Show all posts
Showing posts with label sunnah Rasulullah SAW. Show all posts

Friday, June 29, 2012

♥ADA SOALAN ADA JAWAPAN....✿




1. S: Apakah hukumnye lelaki memakai cincin suasa dan platinum.....
Jawapan : Berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah tahun 2000 hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram manakala Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki. "

2. S: Apakah hukum seseorang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih??
Jawapan : Lelaki Islam diharamkan memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002"

3. S: apakah hukum bagi lelaki memakai gelang?
Jawapan : Hukum lelaki memakai gelang yang boleh menyerupai perhiasan wanita adalah haram.

4. S : Adakah haram bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang bersadur emas(gold plated)?
Jawapan : Hukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah kamu pakai sutera halus dan juga sutera kasar, serta jangan kamu makan / minum dengan menggunakan bekas emas dan perak, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (kelak) di akhirat". (Riwayat Bukhari dan Muslim) "




5. S : apakah hukum memakai jersey bola contohnya yang terdapat bendera yang ada lambang cross/salib ??
Jawapan : Hukum memakai jersi atau pakaian yang mengandungi lambang salib adalah haram. Oleh itu, saudara hendaklah menghindari daripada memakai pakaian tersebut."

kat sini saya hanya ingin berkongsi maklumat yang yang seringkali kita menganggap remeh....ada sesetengan orang dalam sedar @ tak sengaja telah melakukannye....

ramai trend zaman sekarang ni terikut-ikut dengan perkembangan semasa yang sebenarnya bekembang untuk pesongkan kita umat islam....

contohnya budaya tukar-tukar cincin tak kira la BF / bakal suami....aisehhh....bunyi cam jeles jer....bukan sebab aku xde bf nak bg cincin....orang lelaki bagi cincin kepad orang perempuan (tunang/gf atau seawaktu dgn nya) boleh je....neh persoalan skrg...si perempuan bg cincin kat lelaki (@ Beli sepasang cincin couple...) so tanda kasih dan sayang.......(bercakap berdasarkan pengalaman....hihihih....PERNAH..) sebenarnya hukum lelaki pakai barang perhiasan yang menyerupai wanita adalah haram.......( cetek sungguh ilmu agama aku....) sekarang dah jadi ikutan pula, time nikah pon ada gak yang tukar cincin...hummmm...xpayah bg la kat laki...lgpon xboleh pkai kn...so bg la benda lain....byk lagi yg boleh beli kn....bg kepiah ka....songkok ke...mcm2 la....

tentang jersey bola.....hummmm...sekarang tgah panas pasal bola..EURO 2012 plak....saya ni xminat sangat bola...tp tau la juga skit.....memakai jersey yang ada tanda salib....ishhh terang2 dahg tau tanda salib kn...buat pa nk pkai....biarpon depa tu tera sgt main bola...jgn la fanatik sangat...sokong tgok skill depa main sudah....cukup la kn...hampa pakai baju depa pon bukan depa bg duit...



contoh jersey pasukan portugal...besar punya salib...tu pon ada orang melayu (ISLAM) yang beli pakai ...


dulu tak tahu hukumnya...sekarang baru tahu,sebarang kemusykilan boleh la tya ustaz ok....saya ni pon bukan pandai sangat..tp minimba ilmu dan berkongsi sedikit ilmu untuk di kongsi bersama adalah tuntutan agama...jadi sesapa yang terbaca dan terasa....beritahu isteri/tunang/GF "abg xleh pakai cincin.... belikan abg kopiah je la..." dan untuk lelaki plak xpayah nak bazir duit beli hiasan2 rantai, gelang, cincin etc,,,banyak d benda lain nak kena belikan....
SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, January 5, 2012

KAHWIN ITU BAHAGIA

SERIUS!!!! kahwin itu bahagia.... tak pecaya ke?? kalau tak pecaya cuba kahwin....hhahaha,kahwin ni mana boleh main cuba2 kan....Tapi benda baik, jika kalau ada niat baik, banyak la berdoa pada maha yang ESA, insyaALLAH segalanya akan di permudahkan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. 
“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

PERKAHWINAN antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.
Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas.


Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat.
Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud: �Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku.� (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW: �Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.�

Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari.

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang.nAda juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam.

Sabda Nabi SAW bermaksud: �Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.� (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: �Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?

�Ukaff menjawab: Tidak.� Baginda SAW bertanya lagi: �Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?� Jawab Ukaff: �Ya, aku orang yang mampu.� Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: �Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).�

Untuk maklumat lanjut [klik di sini]





” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW” 

SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, January 21, 2011

MARI BERDIET IKUT CARA RASULULLAH S.A.W

Salam semua...lagi satu info yang saya dapat dari email...so saya nak kongsi lah...
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
 
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

PANTANG LARANG UNTUK KOMBINASI MAKANAN
>Jangan makan SUSU bersama DAGING
>Jangan makan DAGING bersama IKAN
>Jangan makan IKAN bersama SUSU
>Jangan makan AYAM bersama SUSU
>Jangan makan IKAN bersama TELUR
>Jangan makan  IKAN bersama DAUN SALAD
>Jangan makanSUSU bersama CUKA
>Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL 
 
 
CARA MAKAN 
 
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH  TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. 
 
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 
 
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM  DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 
 
 
  • Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah...
  • Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....  Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
  • Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
    • amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
    • Sama-samalah kita mengamalkannya.......
    • WallahuA'lam
    • Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..
SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!