4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, November 9, 2013

MOOD : Berniaga cari pendapatan sampingan

Salam kawan2 blogers....lama aku tak update apa2 kan.... asyik dengan mukabuku saja...adehhhh... semangat baru..hahah semangat BERbusiness sikit.... business apa??? dah ramai orang buat..tapi aku yakin dengan rezeki ALLAH.. why not aku mencuba dan berusaha... aku join Shaklee........

dah ramai orang buat shaklee........ tapi kenapa aku buat juga??? masih ada harapan ke??? pening sat duk pikiaq........tapi bila fikir2 rezeki Allah tu luas kan.... rakyat malaysia ada 26juta orang ye ke??... yang jadi ahli baru 1juta...itu pun entah aktive ke tidak....
percaya tak, masih ramai yg fikir macam negative???..

ramai yg buat Shaklee dan fikir macam tu "Ramai orang buat Shaklee ni.. ada ke orang nak beli dgn aku?"

seolah2 berfikir... "hari2 orang tangkap ikan, esok2 habislah ikan dalam laut ni"

persoalannya... pernah ke ikan dalam laut habis?

yg hampir pupus macam ikan paus biru tu lain cerita....

hari2 kita makan ikan, sana sini makan ikan... ada pernah ikan kembung pupus? ikan bilis pupus? kurang bekalan biasanya disebabkan kurang tangkapan - bad weather, bukan ikan tu takde.

jadi percayalah rezeki Allah ni tak habis2 utk hamba Dia. kita saja yang sering sempitkan. once kita dah fikir macam di atas, kita sendiri yang dah sempitkan & tutup potensi diri kita sendiri.. sampai hati kita kan... :( siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri kita sendiri...
SEBAB-SEBAB AKU JOIN SHAKLEE???


SO??? KALAU NAK JOIN SHAKLEE MUDAH SAJA...

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-

1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage (SEUMUR HIDUP). Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU

2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.

Anda boleh hubungi SAYA untuk mendaftar, atau gunakan Shaklee ID 1028182 (FUZIAH BINTI IDRIS) sebagai SPONSOR/UPLINE.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat business Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan sponser/upline Anda.

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP facebook untuk maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.

Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.

Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.

Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.

jika anda BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut untuk menyertai SHAKLEE sila HUBUNGI KAMI:
ADD FB: Fuziah Idris (https://www.facebook.com/fuziah.idris?ref=tn_tnmn)
SID:1028182
LIKE Page: D’vita Beauty (https://www.facebook.com/Dvitabeauty?ref=hl)
PM/SMS/Whatsapp: 0174009734

Inshaa Allah dengan berkat USAHA dan KESABARAN boleh merubah HIDUP ANDA..... perniagaan SHAKLEE tidak seperti perniagaan yang menguntungkan orang atasan anda.. SIAPA USAHA lebih GANJARAN miliknya...




SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, September 12, 2013

mood makan ke laut

Assalamulaikum...

hye..tuan tanah in da house..lately kan mood makan aku entah apa-apa...selera makan dah kurang...tapi kalau makan kat luar balun sampai lincin........................ adakah mood ni mengada-ngada, mungkin................adussss pls la tekak ku...sebab fikir kan DA yg menyusu badan aku suap juga nasi sesuap dua...kalau paksa juga mau muntah balik...

muntah??????
allergic dengan perkataan muntah tu..okey jangan sebut dah. lately la mood mengada-ngada tekak tu kembali... errrr sebab apa ek? patut ke aku story...aduhhh malu doh....nak mula camna pun tak tau...

key words dah ada...cer teka.........

ha muka selebet nak muntah...

disini ada jawapannya......... LINK

ok...sampai sini saja....nanti update lg....


SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, September 6, 2013

Sudah dapat KAKI


salam reader/bloggers/dan sewaktu dengannya...

Anak ibu berusia 11bulan........dah dapat "kaki"...huhuhu bukan main lagi...baru berlajar bertatih tapi dah tak merangkak, dah 3 hari tak merangkak langsung,walaupun jalan masih terhoyong-hayang macam lalang di tiup angin..tapi DA tetap gigih belajar berjalan...orang tua-tua kata DA ni jenis pulun, dia jenis tak putus asa.....rajin pun ye juga...sebab jatuh bangun dan jatu lagi...memang kagum tengok semangat DA berlajar berjalan....sehari berpuluh kali jatuh dan bagun....hope kalau gaya DA macam ni dalam seminggu dua cepat la dia imbang badan...

sekarang ni...bangun ja jalan terus macam nak berlari....pastu jatuh...memang kadang rasa berderau darah pucat lesi ibu di buatnya sebab tengok DA laju melulu....takut terjatuh secara merbahaya....sekarang masih tak ada break....

DA 11 bulan dah berjalan kira ketagori cepat juga la....tapi aku tau ada lagi cepat...secepat 8 bulan pun ada yang dah berjalan...


nahhh tempek video satu...eh video senget pula...adehhh lupa nk rotate...
SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, August 29, 2013

Raya Aidilfitri 2013 - entry lapok

Entry lapok yang baru nak up.... harap maklongm....

cerita panjang-panjang pun tak guna sebab orang lain dah berbatu kematu dah cerita raya....aku ni tertinggal keretapi...apa-apa pun nk update juga...sementara ada waktu nak menaip..budak kecik tu tengah mengemas....ibu yg lipat baju selori dea panjat-panjat atas baju yang dah lipat...adoiii....

ok..ok...

cerita mula-mula skali sesaja nak bagitau sedunia...aku buat baju DA tahun ni...yeahhh!!!! (menaip sedang dengar anak dara tu meneran :poop: ) tak senonoh...hehehe...jap g kena p toilet pula la....

berbekalkan bakat mak aku, aku pun berlajar sikit-sikit la...ilmu kemahiran ni kena ada juga...biar la senget-senget sikitkan janji ada usaha....nak kata rajin tu tak la sangat cuma excited lebih nk buat baju hasil tangan sendiri...

proses menjahit di mulakan menggunakan mesin jahit singer menawan keluarga bahagia...mesin manual kena henjut guna kaki....

saja mengasah bakat... mak aku Taylor kampung..so apa salahnya cedok2 sikit bakat mak

maka pada hari raya pertama aku dan dea sedondon hehehe.....hasil baju yang tak seberapa...tapi material kain sangat soft..beli dekat nagoya 1meter RM 16 after less RM13/meter...aku beli 5 meter.. tapi diatas kesilapan diri sendiri tak pandai beli kain..terbeli lebihhhhhhhh...rupanya kain ni bidang 60...so memang lebih banyak...dengan itu aku buat baju untuk cousin dea skali...hehe rajin mak... boleh ler sedondon dea n ibu tahun ni...

ok..siap jahit untuk dea ibu punya pon siap dah...

gambar pagi ray...malasnya nk edit heheh kasi hantam upload....besaq bunga dea kn?

ok lupa nak cakap...baju melayu abah baju akad nikah..abah xnak buat baru..
bawah ni gambar famili "idris farm" dengan seorang isteri (mak aku jer) 8 orang anak (4 perempuan 4 lelaki) 5 orang menantu dan 10 orang cucu....Alhamdulillah dapat bersua kami tahun ni....
ok...raya pertama tahun ni turn rumah aku...semua adik beradik balik raya sini dlu..ni cukup lengkap semua versi 2013

tok dan tokwan bersama 10 orang cucu...dea cucu no.9 huhu macam gaya ada...

menu pada malam hari raya...
satay ayam dan bbq daging kambing...sedappppp sangat...seronok raya makan kambing puas-puas..





ok...sampai sini saja cerita basi aku....










SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, August 28, 2013

Re-branding blog title

Salam alaik....

Re-branding - chewahhhh tajuk nk glamor de amor, dah lama pakai title "bingkisan hati" sejak 2009-2013 okey lama juga la kan...aku yang duk buka blog ni hari-hari hari2 ke???? jadi bosan pula.... tuan blog pun bosan inikan follower.. feeling ada ramai follower kahkahkah.....jumlah follower tak bertambah pon..hope ada silent readers la....

sekarang sejak dah beranak pinak...nak rasa feeling mak-mak pula.... so "mom&housewife-journey" pula.... itu pun dapat ilham bangun pagi-pagi lepas mandi terfikir nak tukar... sebab terdetik kat hati sanubari ni..sampai bila nak pakai "bingkisan hati" - lagi pun semua soal hati aku bukan aku tulis pun kat sini...semua simpan dalam hati...buat sakit hati je....dah penuh space dalam hati aku, bersawang pon boleh kata gak..tunggu nak remove 1 by 1..nk format lain hati aku ni....nak bersihkan hati errrr selama ni kotor kah???.... semoga di permudahkan, tak mau fikir dah yang duk sakit hati...

maybe pertukaran title ni pun ada sebab dengan kehidupan aku sekarang... huhuhu biasa la mak yg duk umah jaga anak di kenali sebagai "surirumah tangga".... oii oiii oiii...jangan tanya pasaipa aku tak keja? sat aku nak bgtau hampa semua: bukan aku nak bagi alasan susah dapat keja sekarang,dan bukannya aku malas mencari kerja,cuma di sini aku nak tegaskan siapalah kita nak bertanya soal rezeki ALLAH? btw aku bukan tak kerja langsung okey..aku ada buat part time lecturer di UiTM Penang.... 

itu je lah leteran aku pagi ni..setelah sekian lama tak ter update blog..rasa mcm nk update entry raya...tp................................ ha panjang tp tu kan....ada masa inshaa Allah ada la....

dengan ini maka rasmi la..title blog sudah di tukaq.........


gambar tiada kena mengena dengan tajuk entry..




SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, August 4, 2013

Persiapan raya ber-3

Raya tahun kedua perkahwinan dengan Dea Aleesya, tahun lepas dea dalam perut 8 bulan gitu.. nampak membulat  je perut ibu.... persiapan raya tahun ni sama ja mcm tahun lepas cuma excited ada anak la kan....baju, kasut semua fikir anak dulu..kat abah dan ibu tak dak pun tak pa...dah duk raya tiap-tiap tahun...


cuma tak la over shopping...biasa ja la beli yang patut padan dengan badan la kan...nk beli banyak kat Dea pon sat g pakai 3bulan nk kena beli baru lagi....so beli dalam 3-4 helai ja...so nanti rotate ja la baju tu haha.....

Gambar baju dah siap packing dalam beg...sat g nak balik kampung..tahun ni turn raya umah tok bashah..yeahhh.........

kasut beli dua pasang satu macam sport sikit satu lagi girl design la.... dea dah boleh berdiri makanya dah tak lama nak jalan so beli kasut ni nak ajar pakai kasut la...haha Dea sangat jakun bila pakai kasut..asyik nak tarik buang ja... harga murahhhhhh ada jenama juga la...so berbaloi nasib baik tak beli online lagi....

baby jerry RM19 dan yang Kikilala RM12 je...

baju kurung Dea aku buat sendiri...yeahhh tahun ni baju kurung sedondon dengan ibu ok.....abah tak boleh sedondon bunga-bunga baju kurung kami...lagi pun abah dah decide nak pakai baju melayu tahun lepas aka baju akad nikah...hehehe...berbaloi beli baju nikah mahai2 boleh pakai banyak kali...lgipon mam pakai setahun sekali ja...

ok...baju separuh jalan siap....huhuhu....





SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, August 3, 2013

Anak Dara 10 bulan

Salam ramadhan...


Dah masuk 10 bulan hoyeahhh-hoyeahhhh!!! Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi Dea aleesya membesar depan mata aku dalam jagaan aku... Allah maha besar, maha mengetahui, rezeki aku untuk jaga anak kan...lulusan degree duduk rumah jer...apa aku merepek ni.....belum sampai waktunya....selagi ada usaha inshaAllah rezeki akan kunjung tiba, Allah ada perancangan terbaik untuk aku, sesungguhnya kita merancang tapi perancangan DIA jauh lebih baik... anak pun rezeki kan...rezeki tak ternilai terima kasih ya Allah....opsss if ada rezeki inshaAllah sorang lagi kan....tak pernah menolak..errr merancang tu ada juga la...since Dea fully breastfeed, cuma jika benar ada rezeki lagi, mohon doa semoga aku boleh teruskan DF dea...owhhh sangat kesian nk putus susu badan dari dea...she to young..masih perlukan fresh from farm...

Dea Aleesya 10 bulan..malas nak tulis milestone dia...tapi Dea Aleesya ketagori serba serbi cepat...Alhamdulillah sekali lagi.... dalam umur macam ni dah boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan objek atau orang sekeliling....

opppss.sorry gambar berdiri ni jer yang ada..huhuhu mana kaki syg....seluar labuh hahaha
gigi pula dah ada 4 batang atas dan 2batang di bawah....yang ni memang menguji tahap kesabaran aku la...adoiii suka menggigit anak dara ni....dea gigit aku n abah dia ja...orang lain tengok keadaan..bila geram sangat dia gigit gak...ok baby sebaya dia kena jaga-jaga...dea gigit budak lain ok..

kena paksa dengan ibu ambil gambar gigi....gigit jarang and besar hihihi nanti tumbuh yg sebelah2 ok la kan...

senyuman DA setelah ada gigi

besar la hai gigi Deam mau tak sakit kena gigit

since dah ada gigi..kena la ajar gosok gigi kan....

ok..itu je lah nk update..jumpa di lain rancangan.....


SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, August 1, 2013

entry ramadhan

Assalamualaikum my blog readers....

selama bulan ramadhan ini la kali pertama aku nk menaip....aduhhhh puasa dan melayan karenah anak memang tak di nafikan letih...dan menguji daya tahan as a breastfeeding mother... sedar tak sedar hari ni dah 23 ramadhan,semua on mood raya dah..inshaAllah kurang dari seminggu umat islam akan sabut hari raya aidil fitrui..

aku hanya mampu blog walking itu pun kalau sempat.....sorry la kawan-kawan oiii....jadi suri rumah memang banyakkkk masa...tapi kerja tak pernah habis dengan anak yang sedang membesar,panjat-panjat,gigit-gigit..itu ini...ouhhh bukan mengeluh ok...just bebelan nenek tua...hihihi but i'm enjoy to be a housewife and mother...

bulan ramadhan kali ni aku rasa sangat tenang... baru jer sembang-sembang kosong dengan laki aku dalam keta... 

aku : abg....syok la bulan posa ni...ayang rasa tenang ja...
laki aku: pasaipa?
aku: ha la....rasa bahagiaaaa....perasan tak kita tak bergaduh pon...(selalu gaduh-gaduh manja)
laki aku: ha..biasa la,bulan mulia ni..syaitan yg duk bisik kat telinga dah tak dak...tengok tak dak antara kita yang bebai pon kan...
aku: dia errrr cakap kt diri sendiri la tu....hummm betoi2...dea aleesya pon tak meragam time berbuka...selalu time magrib Allah....tak tau nak cakap..suka menangis kan...

perbualan masa nak p tesco..nak beli diapers aleesya...hummmm p saja tengok harga diapers mahai melambung so niat nak beli tertangguh dulu...lagi pon ada lg stock...ingatkan masa raya ni ada la promosi jualan murah diapers.. pet-pet 80pcs aku selalu beli rm31 je..jadi harga rm41....xde maknanya nak beli.....huggies pula rm30 la..tapiiiiiiiiiii saiz M habis....beli saiz L leaking pula.....so memang nekad balikkk..tapi sempat la hangkut barang remeh temah abis juga rm70... duit ooo duit.....

untung la orang kerajaan dapa juga duit raya......... ok fikir bab duit buat aku stress 2second....

huwaaaa....mengantuk la baca blog ibu.....



SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, July 11, 2013

nipple crack

Assalamulaikum....entry lapok dalam draft..baru sempat nak publish....Salam ramadhan almubarak... rasa gembira dengan kehadiran ramdhan kali ni.....walau bagaimana pun terdetik rasa gundah gulana pula.... i'm fully breastfeed may lil princess...hope everything will be fine..insyaAllah aku dah practise dapat dua hari ja before ramadhan..so far ok la... (oppppppssss.first day puasa aku dapat cuti daaaaa...belum merasa kemeriahan berpuasa)

berbalik pada tajuk entry.............(rentetan kisah lepas sini dan sini)..............lagi kisah nipple crack... ok kali ni bukan aku nak story pasal nipple aku dah...cuma aku tertarik nk up entry ni sebabnya ada insan yang senasib dengan aku...dan hamba Allah ni Pm aku dekat facebook bertanyakan khabar la lebih kurang....

refer picture yang di print screen chat from facebook...

so aku up entry ni sebab nak shared dengan mommies outside there which had problem same like us... sebab bukan ubat sahaja yang boleh sembuhkan luka nipple cracked ok...


terima kasih kepada saudari yang bertanya: memang aku nak up kan entry kesudahan cerita nipple crack..tai asyik tertangguh rasa macam makin hari makin basi cerita aku...ok aku silap kerana tak terfikir nak shared cara permulihan secara alami without using "ubat"



direct print screen yang penting-penting saja....

dapat idea nak menyusukan secara mendakap @ dukung silang dari buku pink DA..hehehe tak rugi belek2 buku pink DA selalu..tabiat aku lepas check up dua tiga kali belek buku pink....

usaha kena lebih ye puan-puan...saya terpaksa bangun duduk di tengah malam..bukannya apa untuk kurangkan sakit...if xnak sembuh teruskan bg raha yang sama...




palingggggggggggg seronok..after a week feed back dari yg bertanya....pastu dah tak tanya nipple dah fully recover ke belum..heheh harap maklum...hope dah lega la...



ok....dari print screen chat aku dgn hamba Allah ni... aku just ubah cara mnyusukan DA....cara mendakap ni mungkin jarang-jarang orang buat...cuma aku guna kaedah ni sebab aku fikir secara logiknya luka terkoyak di nipple tu tidak akan pulih selagi arah suck baby di bahagian yang sama..so aku try pusingkan 180 darjah...Alhamdulillah its work to me..kurang rasa sakit....hanya yang pernah mngalami saja tau bertapa sakitnya...bayangkan luka dah kering bercamtum nak lega..tp after 2jam baby nak minum susu...nak buat macam mana???? bagi juga la...demi anak....pastu terkoyak balik...macam mana luka nak recover...so tukar posisi tak akan menyebabkan luka terkoyak....alhamdulillah...aku bebebas dan lulus ujian nipple crack...sambung breastfeed dengan senang hati...


bye...salam ramadhan....


SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, June 19, 2013

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

lagi.....

update tentang kau nuffnang....

sengeh sorang-sorang tengok CPUV bertambah.... ye cik-cik,puan-puan yang jenguk blog saya...if berminat dengan iklan yang berlegar-legar jangan segan nak click..mana la nak tahu...bila click boleh menang moto..."saya menang moto" nada pakcik power root....rezeki masing-masing kan.....

Alhamdulillah rezeki aku dan anak-anak sekeluarga...amiin..

print srceen dari akaun nuffnang aku...

walaupun jumlah yang aku dapat tak seberapa tapi ada juga iklan yang nak melekat kat blog ni.... teruskan melekat ye wahai iklan-iklan... thank you very much sebab memilih blog yang jarang-jarang ter update.... saya akan tingkat usaha untuk update selagi anak kecil saya tidak meragam...hikhikhik...

tu ja la aku nak kongsi...bukan nak riak pun...jumlah yang aku dapat brapa sen ja pon...pengunjung blog aku bukan ribu riban pun....100org/day pun aku rasa cukup bertuah aku punya blog ni suka suki ja....so dah ada iklan ni kira rezeki la..sikit2 lama-lama jadi bukit....

tengok iklan yang baru dapat tu "laneige bloggers' contest" bunyi macam best ja...contest apakah? aku pun belum ketemu dengan iklan ni....nak juga join contets.... walaupon join tak pernah nak menang...hihihi......

thank you...bubbye...hingga ketemu lagi...




SUka? > klick button "LIKE"...

Tuesday, June 18, 2013

DA dan PASIR PANTAI...

 Hye....

Actually entry ni dah lama dalam draft.. since tak ada cable nak transfer gambar cerita terkini tergerak hati nak tengok apa ada dalam draft...hewhewhewwww... cerita dah basi baru nak up......

DA suka air...setiap hari boleh mandi berendam dalam air main dalam shower lama pun tak kisah menjerit-jerit lagi..tapi hari ni saja bawa DA pergi pantai pasir panjang dekat balik pulau.. hurmmm just 3km from my PIL house.. dan tak sangka anak ibu ni takut dengar bunyi ombak dan sangat takut/geli dengan pasir. saja nak introduce DA dengan pasir taknak jadi jakun....kannnnn dah jakun hahaha...what ever la ank ibu oiii....

letak je nangis...aku angkat dukung diam...banyak kali try letak DA dekat pasir...tp sama ja riaksi DA..huhuhu tak pe la dekat je dengan rumah nanti bawa p selalu lama-lama berani la kan... before ni bawa pergi pantai tak pernah letak dekat pasir, sebab kecil lagi..hahahah kononnya sekarang ni besar sikit la...

Tapikan takut juga nak pergi pantai ni selalu..ye la cuaca sekarang tak menetukan...kadang ok dan kadang-kadang tetiba saja datang ribut...takutnya..dah la pantai pasir panjang ni salah satu tempat kejadian tsunami 2004. memang siap-siap ada amaran dekat pantai ni MERBAHAYA.... FIL aku cakap pantai ni tanah tak rata tetiba ja dalam dan ombak sangat kuat secara tiba-tiba macam mini tsunami gitu....so memang aku pun tak berani nak mandi..

apa pun jom layan gambar Da yang pengecut hihihi...firstime jijak pasir kot....aku pun tak pasti DA geli ka takut ka...tp sebab dia nangis aku clarify sebagai takut pasir...

ni la rupa pantai pasir panjang
tangga pun dah senget nak turun ke pantai..hihihi tak ramai orang sangat...tapi tapak kaki macam ramai kan..

Dekat pantai pasir panjang ada kem bina negara. dan tengok ada AMARAN pantai merbahaya...

muka teruja tengok pantai dan ombak

ni baru mula-mula nak jejak kaki dekat pasir...

lepas 2 saat muka cuak..gelisahhhhh..tengok kaki dah terangkat sebelah

ibu cuba tenangkan...suruh tengok abah yang sibuk snap gambar..


bila letak bagi duduk merauungggg la apa lg....hihihi

sengaja aku tunjukkan pasir dekat DA....nak bg dia touch and feel the texture...dia tenung tajam.

tapi bila aku letak atas kaki dia...dia macam nak buang pasir tu..hahahah



turn abah pula...jom tengok!
abah with kain sarung (pelekat) saja k......step nak letak..huhu yang ni lagi dekat dengan ombak


abah dah letakkkk..tettttt kaki sebelah lagi terangkat....DA kan suka air..dia tengok ja air..

tengok muka cuak...air dah kena kaki....


ok......saja nak buat kenangan utk kamu..bukan nak malukan kamu Dea Aleesya..nanti dah besar tengok la first time kamu dengan pasir pantai...hihihi..ok done update juga entry ni....






SUka? > klick button "LIKE"...

keywords famous blog aku...

salam readers...lama ta berkumandang dengan cerita picisan aku tu kan...sorry kalau ada yang tertunggu-tunggu mood perasan.... hikhikhik..... bajet retis ('_____________')

keywords lucah membuatkan setiap hari ada ja yg search dan terjumpa blog aku....bagi aku tajuk entry tu bukanlah lucah...aku pon tak pasti sama ada words tu lucah...aku tak cerita lucah di sini ok..harap maklum!!!! tiada sumber lucah disini....

aku saja-saja buka nuffnang nak check earning yang ciput belum cukup nak buat duit poket melancong huhuhu......sambil-sambil tu check keywords...OMG dah lama "myfirstime" ada di tangga teratas..tak terniat langsung dalam hati aku cerita lucah apatah lagi cerita aku yg first time..tak mau haihhh kongsi cerita dengan hampa kat sini...nak tau mau semuka hahahha...before ni aku pon tak pasti kenapa my first time jadi rating paling tinggi orang search... aku pon try google dengan ayat macam tu la...hihhi rupa-rupanya berbau agak 18sx...

ni aku print screen dari nuff aku..hihihi

dulu pernah sekali blog aku orang jumpa bila search ayat "gersang"...sekarang ni macam ni pula..hummm sapa-sapa yang cari maklumat 18sx disini tak ok... yang ada http://fuziahfbi.blogspot.com/2012/07/my-first-time.html tengok la sendiri..aku pon tak ingat aku cerita apa..dan kenapa ayat tajuk entry aku macam tu..

ok la.....lama tak update sebab cabel transfer gambar ntah ke mana...menyimpan sangat sampai cari tak jumpa..hihihi....


SUka? > klick button "LIKE"...

Tuesday, June 4, 2013

Kenduri BFF |penang vs kelantan|

Salam readers...
Letih belum abis lagi...rasa malas nak update..tapi takut cerita aku ni basi pula...so paksa taip juga..so nak mudahkan kerja update entry biar picta berbicara...huhuhu

31/5/13 - Akad nikah BFF yada and noden dekat masjid simpang empat Balik Pulau...
1/6/13 - majlis resepsi yada n noden di komplex sukan balik pulau
1/6/13 (malam) - Akad nikah Ayu n Adi di Rantau Panjang kelantan
2/6/13 - majlis resepsi ayu and adi di kediaman parent Ayu

ok tu ringkasan perjalan semalam dua tiga hari.... letih tapi sangat enjoy..penang kelantan firstime bawa Dea tanpa abah,tok ibu,tokwan and tok bashah...huhuhu just bertemankan teman-teman ibu saja...nervous juga sebenarnya...sebab ramai yang tak yakin bila aku cakap nk bawa Dea pergi kelantan.... aku lagiiiiiiiiiiiiiii tak yakin kalau tinggal Dea dekat orang lain... sebabnya Dea full BF dan DF...so nak buat mcmana kan kemana ibu pergi di situ wajib ada Dea...inshaaAllah nanti bila aku dah kerja Dea kena berdikari ok..

tahniah yada...muka nervous...

DA bising dalam masjid..terpaksa ibu bawa keluar jap...ganggu majlis sebab suka jerit2

Alhamdulillah Yada and Noden Selamat di ijab kabulkan...semoga bahagia menjadi sepasang suami isteri hingga ke syurga,,,dan di kurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah...

sama cantik sama padan....huhu jgn tengok kasut pengantin lelaki...

esoknya majlis resepi-tak sempat jumpa pengantin sebabnya pengantin sampai around 2pm..kami kena bertolak ke Kelantan...semua yang nak pergi firstime drive sendiri...so rancang perjalan supaya tak jem dan boleh sampai sana before malam.
tak sepat jumpa...just tengok picture from FB syikin...cantekkkk yada

misi seterusnya bertolak ke Kelantan... kami bertolak from balik pulau pukul 1pm++.... singgah shell BKE solat jamak zohor and asar... teruskan perjalan...

separuh perjalanan - sampai tasik banding..

royal belum pulau banding.

Alhamdulillah DA behave  je sepanjang perjalanan..
Alhamdulillah kami safely arrive Rantau panjang tepat pukul 7pm.... perjalan kami agak slow sebab kereta banyak di jalan gerik - banding - jeli...tapi sangat bersyukur perjalan sangat smooth.

Allhamdulillah sempat join majlis akad nikah Ayu and Adi.. DA sangat suka dengan Uncle Adi...

esok pagi-pagi sempat pergi shopping dekat Rantau panjang...rumah ayu 5 minit ja dengan zon bebas cukai...amboiiii seronok shoping...

jasa enot sebagai pemandu berkhemah sangat di kenang....tq enot

dua orang maklong2 ni..heheh wani n miza...enjoy sangat perjalan kelang kabut kita menjadi reality
esoknya..majlis resepsi Ayu n Adi...meriah gitu...

aku sorang jer lari tema...huhuhu

DA dah mengantuk time ni...huhuhu time to sleep..

perjalan balik berhenti di bukit bunga beli kopok leko..
behenti rawat!! cari hanphone aku hahaha lepas solat letak kat lain cari dekat lain...cuak!

perjalan pulang DA dah tak berbaju..

berhenti sat ja dalam 10 minit..sambung perjalan

ibu yg over kan DA



 ok..setinggi-tinggi tahniah kepada dua pasangan BFF kami YADA & NODEN, AYU & ADI.. semoga fasa baru ini akan bertambah bermakna hidup kalian....

terima kasih enot,miza and wani...vacation pendek tapi meriah.....update entry laju2 nak p knuri lagi ni..maklom lah musim cuti sekolah ni musim orang kawen....jom!

sekian..




SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!