4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 2, 2013

6 Month old |Dea Aleesya|

Bismillah and Alhamdulillah....

anak ibu abah Dea Aleesya  akhirnya 6 bulan... rasanya ramai ibubapa yang menanti saat anaknya cukup 6 bulan, banyak pekara yang berkait dengan usia ini, antaranya ialah fully breastfeed dan solid food. 


senyum sikit...peace yo


fully breastfeed until 6 month old - Alhamdulillah setakat ini memang Dea tak pernah cuba-cuba untuk formula milk (FM). memang susu ibu sahaja,  Alhamdulillah juga sebab susu ibu masih mencukupi untuk supply direct. Mungkin ini adalah satu hikmah di mana ibu masih belum berkerja.. 500% tumpuan untuk anak ibu. stock EBM pun tak dak dah, expired dah sebab refuse botol,ibu pun dah malas nak pump bagai sebabnya rasa membazir bila titisan emas tu di buang.dulu masa dalam pantang susu melimpah ruah memang ada juga perah buat stock, tapi memandangkan aku belum bekerja 99% direct feeding je. padahnya Dea reject puting botol pening juga pujuk si kecik ni...last skali dah ibu tak berkerja manja kan sikit anak ni..hehehe....terbaik dari ladang terus masuk perut...

solid food- paling excited la aku menunggu saat ni, sebabnya nak bagi anak makan, hahaha sudahnya bila masuk 6 bulan Dea demam teruk...tak ada selera makan la budak kecik ni...stop dlu buat bubur or puree...hari ni ibu semangat buat bubur nasi sebab semalam ibu dapat pujuk abah beli slowcooker.. heheheh....

http://pensonic.com/media/catalog/product/cache/2/image/9df78eab33525d08d6e5fb8d27136e95/I/M/IMG_PSC182_C.jpg
cerita Dea demam ketika menjangkau usia 6bulan...dugaan agak hebat untuk ibu..ngeh3 sampai tergaduh sikit dengan abah..... al-maklum la rasa stress memuncak bila dah tak tau nak tenangkan anak dan stress bila tak sempat nak kemas bilik bertambah2 stress bila tengok abah asyik layan TV tak hiraukan ibu yang pening melayan Dea... ok fullstop!!

sambung cerita Dea demam
memula sekali dea demam biasa ada batuk sikit-sikit, bagi aku biasa la nak beralih bulan and orang tua-tua cakap nak dapat akal baru hehehe... tapi bila malam tu bertambah panas badan Dea..ada pula dot-dot kecik yang aku sangkakan demam campak Demam campak a.k.a chicken pox.

then aku call mak aku tanya nak buat macam mana..mak aku cakap kena stop bagi ubat demam kalau tak demam campak tu takkan keluar, sejauh mana teori mak aku ni aku pon tak pasti... aku follow jer sebab mak aku orang lama lagi berpengalaman... bergegas balik kampung malam-malam buta..huhu lebih selesa duk dengan mak..tak abis-abis nak kacau mak aku... mak aku dah siap-siap minta air penawar, dan guna kaedah tradisional, hampir 4 - 5 hari Dea tetap masih sama...panas on off...jelum kepala dengan air daun melur akan cool down dea punya temperature... dot dot yang aku sangka kan campak tu tetap ada3biji je..tak keluar yang lain...ruam panas ada la... Dea tidur 5min akan bangun sebab batuk yang bunyi agak perut dan menangis..dan Dea langsung taknak tidur berbaring, kaedahnya Dea tidur secara duduk di dalam buat....adakha kaedah aku betul?? tapi itu jer yang buat Dea selesa dan diam untuk seketika..mudah-mudah tak dak apa yang bagi effect sebab tidur macam tu..

tidur dalam buai sambil duduk...

paling sedih tengok gambar ni


habis ikhtiar esoknya bawa lagi sekali pergi klinik.... klinik keluarga Dr. Hassan, Taman Koskam Kepala Batas Pulau Pinang. Dr. Hassan memang cukup mesra dengan baby... klinik ni gabungan moden dan tradisional... dari telekkan aku Dr. hassan ni pangkat datuk la untuk Dea, gaya islamik sikit. Dr. check semua dot-dot yang ada dekat badan tangan  dan dagu Dea, feedback Dr. hanya cakap bukan-bukan-bukan.... aku agak pelik la apa yang bukan... masa tu Dea memang tengan menagis la... habis check up Dr. tanya soalan dan bagi penerangan kat aku...

sesi soal jawab dan penerangan

Dr. hassan: Ada bela kucing
mak aku: tak dak aihh...
AKU: awat pulak tak dak...ada ja kat umah sana (PIL), bla-bla-bla (sensitif so di rahsiakan) =(
Dr. Hassan : (buat muka terkejut O.O and geleng-geleng kepala) - better duduk rumah mak dulu sampai baby sembuh ok.. 

so dia pun bagi serba sikit keterangan, Dea terkena jangkitan kuman daripada kucing sebenarnya bukan la demam campak yang aku sangkakan... so itu la kesudahan demam Dea.. balik jer klinik suap ubat demam+antibiotik+cair kahak.... Alhamdulillah petang tu je Dea dah boleh senyum-senyum tapi belum recover sepenuhnya.... kena lebih berhati-hati dengan kucing lepas ni... beware!!!

hope demam ni buat Dea lebih kuat.. opsss... disini buat ibu sedikit pening memikirkan Dea baru 6 month old tapi Dr. dah bagi antibiotik?? lepas ni Dea kena kerja keras untuk mengumpul askar-askar baru probiotik ( kuman baik dalam badan)... ibu tak tau nak bagi jenis probiotik yang mcmana untuk Dea....


demam pun tidur kena berstyle lorhh.....


esok check up 6 bualn yang di postpone..hope walaupun ada kenaikkan sikit berat Dea.. sebab demam dia dah kurus sikit...but it's ok Dea dah fully recover today :) alhamdulillah...





SUka? > klick button "LIKE"...

No comments:

Post a Comment

thank you sebab sudi mengomen....

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!