4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 10, 2013

Alahan susu lembu atau Alahan lactosa?

Bismillah....

Entry mengenai SUSU FORMULA... Yea aku dah try bagi D.A fm... bukan bermakna dah nak stop D.A breast-milk ok...  yupppp memang sebelum ni aku beria-ria nak fully breastfeeding D.A... sekarang D.A dah masuk 6month old ++ dah tak fully BF dah dapat makan =)...so far setakat sekarang D.A belum boleh terima botol 100%.... dan masalah yang menimpa aku semakin kronik... refer older post |SINI| |SINI| sedehhh......... 

Ini bukan bermakna Niat nak breastfeed D.A sampai dua tahun sudah terkubur, aku just nak rehatkan cik B sehari dua yang sedang menanggung seksa sakit yang boleh mengganggu emosi aku terhadap penghasilan susu ibu...dan mesti orang akan bertanya kenapa tak pump je? aku dah pump bagi fresh from farm kepada D.A tapi di reject..dan susu aku tak semeriah dulu kala...pump pun kais makan pagi je secoet ja... sedihhhh hati mak nak!

aku pun buat-buat bijak call text massage dekat abah D.A suruh beli fm... abah tak banyak tanya balik ja keja singgah Giant and call ibu tanya nak beli susu brand apa... abah tanya promoter giant so confirm la promoter tu suggest yang terbaik di antara terbaik..tapi masih belum boleh menandingi susu ibu la... enfalac A+.. aku tak bagi beli yang tu la sebab tak tau keadaan D.A sebenarnya macam mana, adakah D.A boleh accept..takut membazirkan..aku suruh hubby buat pilihan antara dutchbaby or latogen...

 
hubby aku bawa balik susu ni...
 


Dan bertambah tambah tambah tambah tambah sedih (over sedih) bila aku try bagi fm dekat D.A semalam.. kononnya nak bagi breast aku berehat seketika la kan.... ya.. mula-mula bagi berbunga hati ibu ni... sebab nampak reaksi positif D.A isap juga walaupun macam main-main saja... cuma rasa susu lain macam D.A macam nak muntah..tapi D.A terus juga agenda ibunya ini.. banyak susu meleleh keluar, tidak sampi 15minit sesi penyusuan berlangsung aku dah dapat tengok sekitar mulut jadi merah merah.... apakah????????? jadi macam Alahan Kulit - Allergies....(alahan sebab susu juga..baru perasan) adakah ini satu pertanda D.A hanya sesuai dengan susu ibunya sahaja.... tapi kena bagi problem luka sembuh ibu rela untuk bersamamu sayang.

gambar semalam..nasib baik sikit saja minum..kalau minum habis 3 oz mahu bengkak satu badan..kesian anak ibu...so semalam ibu rela menahan sakit lagi sekali.. demi anakku sayang


PERSOALANNYA..........

D.A alahan terhadap susu lembu atau lactosa?? kalau alahan lactosa banyak jual susu lactosa free....kalau alahan terhadap susu lembu terkoyakkk juga poket abah nak kena beli susu rumusan soya.... tak banyak susu yg berasaskan soya...sebelum pergi ke klinik ada baiknya start meng-google info tentang susu lembu dan lactosa.

setelah penat lelah meng-google.. aku rasa D.A alahan dengan susu lembu (jadi doktor sekejap)..tanda alahan susu lembu lebih banyak dari lahan lactosa...lagi pula D.A hanya minum sedikit (tak sampai 1/2 oz pun) meleleh keluar yang banyak....

UNTUK BAYI YANG ALAHAN KEPADA SUSU LEMBU

 

Apa itu alahan susu lembu?

 "Susu terdiri dari protin,gula lemak,vitamin,bahan galian dan air.Ada sebahagian kanak-kanak mempunyai sistem immunologi abnormal yang bertindakbalas kepada protin susu. Ini menghasilkan keadaan dipanggil alahan kepada susu lembu.
Apakah ia masalah biasa?
  • Antara 1–5 % bayi ada alahan kepada protin yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
  • Kebanyakan bayi akan bebas dari alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun.

Bagaimana mengesan alahan tersebut?

Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama 2 Jenis tindakbalas utama :
  • Serangan gejala nafas berbunyi, muntah,gatal ,ruam / bintat (urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema) dan tindakbalas seluruh badan(anaphylaxis) yang cepat dan menyerang secara tiba-tiba. D.A baru jer minum tak sampai 15 minit dah naik merah-merah...
  • Tindabalas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)
Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain.  ok...nasib baik ada note ni...so need to meet with doktor to confirm.
Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?

Masalah yang mungkin timbul termasuk :
  • Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
  • Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
  • Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
  • Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)
NOTE: masalah ni buat aku makin risau nak introduce D.A dengan susu lembu...aku bukan paranoid sangat sampai cerewet segala macam....

Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?
  • Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
  • Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
  • Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu. aku memang minum susu lembu...ducthladu full cream lagi...ok je D.A before ni...
  • Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula).Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
  • Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
  • Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda pada usia 12 ??? 18 bulan dengan pengawasan doktor.

Apakah cara mencegah alahan susu lembu?
  • Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti asma,eczema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu lembu. sejarah ahli keluarga...mungkin juga...maka aku cakap aku dulu tak boleh minum susu lembu langsung aku akan muntah sampai biru muka...errr hitam kot mak...pastu sebelah hubby ada la SIL aku dua orang tak boleh dengan susu lembu akan cirit birit dan muntah...hubby aku ok je...tapi masa tu tak tahu lagi apa puncanya...
  • Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah pilihan yang terbaik.
Peringatan
  • Alahan bersilang antara susu lembu dan susu soya mungkin berlaku pada sesetengah bayi. Lebih kurang 15% bertindak cepat kepada alahan susu lembu manakala setengah dari mereka mengalami alahan yang lebih lewat adalah alahan kepada protein susu soya.
  • Baca pada label makanan dan elakkan makanan yang mengandungi atau bahan yang berkaitan dengan protin susu seperti coklat,manisan yang bercampur susu,daging salai dan sosage.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan berkaitan kandungan makanan yang kurang pasti.
  • Apabila anak semakin membesar penerangan perlu diberikan kepada mereka mengapa perlunya dia mesti mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi susu lembu.

kalau nak kepastian lebih mengenai ni u alls boleh ke sumber google alahan susu lembu dan alahan laktosa.....

p/s: kalau dah jumpa dengan doktor nanti aku update entry ok..sebab musabab dan adakah benar D.A alahan dengan susu lembu... nak kena minum susu soya isomil...aku dah la baru je baca articles soya tak bagus...sejauh mana kebenaran wallahualam...





SUka? > klick button "LIKE"...

10 comments:

  1. try bg isomil..igt tak yang akk ade bgtau yg akk punya kes sama cam awak kan..masa mula2 bg fm akk bg dia susu anmum..cirit birit seminggu..mgkn alahan..pastu bg isomil terus ok..sebab susu tu soya based..now biler da setahun akk tkr susu enfagrow..yg bukan lg berasaskan soya..ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke mama...ingt sampai umur tiga tahun kena minum isomil....koyakkk poket gak la

      Delete
  2. anak i pun sama sebijik macam dea.tak sampai 5 minit lepas minum fm,terus muka dia ada bintik2 merah macam dea tu..jadi,i terus tak bagi rissa minum fm pastu.masih bf,sampai sekarang..nak tukar bagi susu soya,banyak sangat yang cakap susu soya tak elok.i pun tak tahu camna..

    ReplyDelete
  3. nmpak gaya mmg kena juga la bg susu paling terbaik didunia dah Dea ada masalah mcam ni....

    ReplyDelete
  4. saya nak share info yang saya dapat dari grup nutrisi remedi alami malaysia,kalau anak alahan susu lembu atau laktosa,susu soya bukan penyelesaiannya.soya kaya dengan protein tapi cuma disarankan ambil dalam kuantiti yang sedikit dalam seminggu (2 kali seminggu).Alternatif ada beberapa option
    1. susu segar (susu kambing)
    2. susu segar (susu lembu)
    3. susu homemade - santan, almond milk, beras perang etc

    Boleh join group ni https://www.facebook.com/groups/GNRAM/

    ReplyDelete
  5. cara yang terbaik ialah susukan anak dengan susu ibu sepenuhnya untuk elakkan alahan susu lembu..
    terima kasih atas sharing ini

    ReplyDelete
  6. Jika berminat utk mencuba susu kambing Lennoza, susu kambing asli diformulasikan dgn 7 makanan sunnah ( Kurma, Kismis, Habbatus Sauda, za'faran, Zaitun, Delima, Tin) boleh Whatsapp sy di 0183793656.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum momies. Kesygn momies ade yg alahan susu lembu?
    Momies boleh bertukar ke susu kambing. Susu kambing bersifat alkali dan tidak menyebabkn alahan. Jika berminat utk mencuba susu kambing Lennoza, susu kambing asli diformulasikan 7mknn sunnah (Kurma, Kismis, Delima, Habbatus Sauda, Zaitun, Za'faran, Tin) boleh hubungi /Whatsapp sy di no 0183793656 tau..

    ReplyDelete
  8. Salam puan..boleh saya tahu skrg anak puan minum susu apa sbb anak saya pon jd muka merah n bdn naik ruam2 besar tu..tq..

    ReplyDelete
  9. Saya pun mempunyai masalah yang sama, paling buntu, berat anak merundum teruk umur anak 9 bulan tapi berat 5 kg lebih jek, sedihnya

    ReplyDelete

thank you sebab sudi mengomen....

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!