4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 4, 2012

second time - After Married

continue cerita lepas..... ( sini )

Pagi yang mulia penuh barakah itu aku pergi kerja macam biasa merempit... pada masa yang sama di luar helmet aku penuh dengan ? ? ? ? ? positive @ negative? ? ? ? en. hubby asyik mesej tanya, macamana result, nak cakap apa ek?? kalau cakap negative macam mendoakan ja...nk cakap positive belum pasti.. adoiiiiyai !! Nasib baik la tindakkan BIJAK aku snap picture for the result... nak attach picture kat sini tapi cari tak jumpa la pula mana p picture tu... al maklum la cerita 7bulan lepas.. sampai je kat tempat kerja, biasa la aku yang sedikit kepochi ni, mulut tak boleh zipp terasa nak tanya opismate yang berpengalaman....

Tanpa segan silu, kepala yang berat bawa benda ni ? ? ? ? dari rumah terus mulakan bicara soal orang berumah tangga,.... :) muka sedikit gatal dan bertanya kepada kak ina... *ringkasan perbualan...

Aku: "UPT kit tu result samar-samar la kak ina.. adakah tanda itu positive"??
kak ina: Macam mana...ada dua line ka?
Aku: Ada.....cuma 1 line tu sangat la faint...tapi fuzy tak delay period lg...period sepatutnya 25hb Jan 2012. Harini baru 18hb.... laki fuzy excited pergi beli suruh check..
kak ina : kalau ada dua line walaupun sama-samar di kira positive!! TAHNIAH...
Aku: Yaka??!! sedikit confius tapi hati mula berbunga dah...
kak ina : tapi untuk kepastian elok la check one more time after delay period...
Aku: okey kak ina...thank you for the advice.... 


so....result dia camtu la, awal sangat buat test....tak sabar nak tunggu delay period nak check up lagi sekali... SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, July 1, 2012

My first time - After married


Nak mula macam mana ni...dah tak reti nak tulis entry...al-maklumlah... rasanya dah 6-7bulan dah tak ter'update blog ni.. start sejak kahwin tahun lepas last entry... okey ye cik jah semua...

u all mesti tertanya-tanya sebut pasal kahwin dah ber'isi ke?? wahhhhh celupar kau jah... memang dah berisi start first month kahwin naik berat 4kg... semua sendat!!!  senang hati la katakan... dah memang genetik berat senang naik..makan tak ingat nak gemuk gedempol....

Alhamdulillah setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga ada pekhabaran gembira, yup...buat urine prengnant test (UPT) result positive... en.hubby la paling excited!!! hummm..nak ke update dari mula preggy ke??? aiiiyok!!! sekarang baby dalam perut sudah 27 week la....banyak la ceriiiiita nak kena tulis... boleh la tulis yg mana ingt je k...

Al-kesah after kahwin ada la miss P datang, then after a few weeks en.hubby bawa balik UPT hahahhah... "nah..ayg amik ni benda ni check..." bersuara jantan.. ye la laki aku memang la suara macam tu... "mana abg dapat benda ni?????" muka cuak! takuttt frust... ermm...macam mana nak guna benda alah ni...study skit dulu..esok pagi2 bgun tdo trus buat ekperimen...jangkaan aku TEPAT ada 1 line jer.. so result -VE...fahamkan dengan maksud aku...so dont give up...masih ada waktu.... 

for the second period miss P hanya ada 2 hari jer... Alamak!!! period dah ting tonggggg!! somebody please help me!! sejak bergelar gadis Miss P memang regular.. mula rasa cuak, fikir aku nak menopos ke? kawin tak sampai dua bulan lg... 

Dalam masa seminggu after miss P.. skali lg en.Hubby bawa balik Benda ajaib tu.... hati ni mula rasa cuak.. Malas sungguh nak pergi kerja..dengan keadaan badan yang selalu letih batuk selsema, dulu antibodi kuat, pelik after kawin trus nak manja-manja..huhuhu Dup-Dap-dup-Dap!! nak buat ke eksperimen lg skali?? Redho je la dengan apa pun result ye wahai Puan Fuzy... 

Pagi-pagi en.hubby gerak bgun subuh dia nak siap pergi kerja...aku pon sama la..cuma dia keluar pergi kerja dulu cuz dia masuk pukul 7am..aku 8am... sebelum pergi kerja en.hubby sempat lagi berpesan, "jangan lupa TEST ok..." muka manis and excited!! aku senyum kelat jer (risau)... so aku redha... bawa benda tu masuk mandi.... buat eksperimen di pagi yg sejukkkk.... so the resultnya... aku pon tak pasti.. trus mandi n solat subuh siap pergi kerja... cerita seterusnya nanti aku continue ok...

SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, June 29, 2012

♥ADA SOALAN ADA JAWAPAN....✿




1. S: Apakah hukumnye lelaki memakai cincin suasa dan platinum.....
Jawapan : Berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah tahun 2000 hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram manakala Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki. "

2. S: Apakah hukum seseorang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih??
Jawapan : Lelaki Islam diharamkan memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002"

3. S: apakah hukum bagi lelaki memakai gelang?
Jawapan : Hukum lelaki memakai gelang yang boleh menyerupai perhiasan wanita adalah haram.

4. S : Adakah haram bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang bersadur emas(gold plated)?
Jawapan : Hukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Janganlah kamu pakai sutera halus dan juga sutera kasar, serta jangan kamu makan / minum dengan menggunakan bekas emas dan perak, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (kelak) di akhirat". (Riwayat Bukhari dan Muslim) "




5. S : apakah hukum memakai jersey bola contohnya yang terdapat bendera yang ada lambang cross/salib ??
Jawapan : Hukum memakai jersi atau pakaian yang mengandungi lambang salib adalah haram. Oleh itu, saudara hendaklah menghindari daripada memakai pakaian tersebut."

kat sini saya hanya ingin berkongsi maklumat yang yang seringkali kita menganggap remeh....ada sesetengan orang dalam sedar @ tak sengaja telah melakukannye....

ramai trend zaman sekarang ni terikut-ikut dengan perkembangan semasa yang sebenarnya bekembang untuk pesongkan kita umat islam....

contohnya budaya tukar-tukar cincin tak kira la BF / bakal suami....aisehhh....bunyi cam jeles jer....bukan sebab aku xde bf nak bg cincin....orang lelaki bagi cincin kepad orang perempuan (tunang/gf atau seawaktu dgn nya) boleh je....neh persoalan skrg...si perempuan bg cincin kat lelaki (@ Beli sepasang cincin couple...) so tanda kasih dan sayang.......(bercakap berdasarkan pengalaman....hihihih....PERNAH..) sebenarnya hukum lelaki pakai barang perhiasan yang menyerupai wanita adalah haram.......( cetek sungguh ilmu agama aku....) sekarang dah jadi ikutan pula, time nikah pon ada gak yang tukar cincin...hummmm...xpayah bg la kat laki...lgpon xboleh pkai kn...so bg la benda lain....byk lagi yg boleh beli kn....bg kepiah ka....songkok ke...mcm2 la....

tentang jersey bola.....hummmm...sekarang tgah panas pasal bola..EURO 2012 plak....saya ni xminat sangat bola...tp tau la juga skit.....memakai jersey yang ada tanda salib....ishhh terang2 dahg tau tanda salib kn...buat pa nk pkai....biarpon depa tu tera sgt main bola...jgn la fanatik sangat...sokong tgok skill depa main sudah....cukup la kn...hampa pakai baju depa pon bukan depa bg duit...



contoh jersey pasukan portugal...besar punya salib...tu pon ada orang melayu (ISLAM) yang beli pakai ...


dulu tak tahu hukumnya...sekarang baru tahu,sebarang kemusykilan boleh la tya ustaz ok....saya ni pon bukan pandai sangat..tp minimba ilmu dan berkongsi sedikit ilmu untuk di kongsi bersama adalah tuntutan agama...jadi sesapa yang terbaca dan terasa....beritahu isteri/tunang/GF "abg xleh pakai cincin.... belikan abg kopiah je la..." dan untuk lelaki plak xpayah nak bazir duit beli hiasan2 rantai, gelang, cincin etc,,,banyak d benda lain nak kena belikan....
SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, January 5, 2012

KAHWIN ITU BAHAGIA

SERIUS!!!! kahwin itu bahagia.... tak pecaya ke?? kalau tak pecaya cuba kahwin....hhahaha,kahwin ni mana boleh main cuba2 kan....Tapi benda baik, jika kalau ada niat baik, banyak la berdoa pada maha yang ESA, insyaALLAH segalanya akan di permudahkan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. 
“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

PERKAHWINAN antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.
Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas.


Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat.
Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud: �Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku.� (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW: �Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.�

Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari.

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang.nAda juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam.

Sabda Nabi SAW bermaksud: �Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.� (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: �Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?

�Ukaff menjawab: Tidak.� Baginda SAW bertanya lagi: �Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?� Jawab Ukaff: �Ya, aku orang yang mampu.� Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: �Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).�

Untuk maklumat lanjut [klik di sini]





” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW” 

SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, January 4, 2012

Hidup Dengan Si-DIA

Drama TV3 tentang Dhia baru je abis...aku tetap tak sempat layan dari episod pertama sampai la akhir...yang aku baca post dekat Facebook...tentang dhia best,tentang dhia sedih...bestnya dapat husband macam ZIKIR...ye ke best..best sangat ke??? rasa kena download juga la cerita ni... masih ketinggalan zaman.... :P

Okey, malam ni bukan nak story tentang dia tu...tapi DIA yang aku maksudkan ialah................... (>__<)


my sweet hubby

inilah dia yang kini bergelar En.hubby kepada aku...ngeh3..gelak gatai...bukan sebab dah tak ada idea atau topic nak di tulis, cuma punya suka aku la blog aku . hari ini atau lebih tepat lagi pada malam ni...En hubby buat saya tersenyum lebar hehehe nak tahu kenapa...si en.hubby yg terserlah kenakalannya....nasib baik malam ni tak ada. kalau tak tokak dahi..:( (mood tetiba sedih..malam ni DIA keja shift malam) bujang la aku malam ni.....

okey berbalik pada cerita si.DIA, seperti biasa aku kerja office hour (8am-6pm) yang en.hubby pula night shift, maka tidak jumpa la kami sepanjang waktu shift begitu.. kena tunggu tukar shift siang pula... tadi petang aku on the way balik keja dia pula on the way pergi kerja, so memang tak sempat nk bersalam la...yang sempat terjumpa di tengah-tengah perjalanan..kepala aku memang terteleng la ke sebelah kanan sambil berharap dapat la nampak laki aku....yeyyyy!!!! petang tadi dari jauh aku nmpak dia angkat tangan melambai-lambai...aduhhhhh jumpa jumpa walaupun hanya selisih...(masing-masing merempit pergi n balik kerja)... senyum ja sepanjang jalan nak balik rumah tadi... 

Setibanya di rumah...berat kaki melangkah masuk rumah, balik kerja suami tak ada.....( dalam kepala otak duk fikir, malam ni nak basuh baju, nak lipat baju yang bertangguh dua tiga hari tak sempat lipat, nak kemas bilik..macam-macam la.... ) adehhhh  tak baik mengeluh!!

WA.wa..walaweiiiiii...................... (>____________<) seronok bukan kepalang, bila tengok baju dah siap basuh... paling sukar untuk dipercayai timbunan baju dalam bilik dah siap lipat, YES!!! alhamdulillah, syukur..... lelaki macho itu buat kerja rumah, "terima kasih sayang...... tidak perlu hadiah sebesar gunung, semahal intan berlian, cukuplah sekadar saling membantu....ayang sangat menghargai abang" terima kasih Ya Allah, kau kurniakan suami yang memahami kepada ku....


good nyte en.hubby....
kerja rajin-rajin cari rezeki halal..... sayang abang sangat!!!!!
SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, January 1, 2012

THE END OF 2011 WITH TUTTI FRUTTI

Nyummm..nyummm finally, tercapai juga hasrat nk menikmati ke enakkan + kelazatan + kenikmatan ais cream TUTTI FRUTTI.....superb duperb marvelous memang A la rasa dia...kalau nak compare dengan Baskin Robbin....bagi aku Tutti Frutti is better la...lain orang lain lidah..dah lain lidah of cause lain la rasa....tutti frutti lebih sehat la...walaupon sejenis ais cream kn...

ketinggalan Zaman sikit la aku ni....orang lain dah bermangkuk-mangkuk makan dah..aku baru nk try....Alhamdulillah nak makan tutti frutti salah satu dari lapanpuloh AZAM aku pada tahun 2011, berjaya juga walaupun betul-betul di hujung tahun |31-dec-2011|..... terima kasih kepada dua orang adik ipar yang sudi join akak makan heheh...thank you very much to alang and acu...lain kali boleh p lagi kn....layan,,


wajah bersinar-sinar, hati berbunga-bunga nk makan ni....



terima kasih Acu... and alang


 hahaha...aku paling tamak..amik banyak huhuhu

 zoom in sikit ais krim aku...hehehe comot..aku amik 3 flavor..apa tah dah lupa...makan sampai tak ingat...

harga ikut BERAT okey...hehehe, aku punya la tamak..amik tak hinggat...tapi tak la berat melampau...100g = RM5.30.... so aku hambik-punya hambik...amekaw!! hahaha 290g hampir 300g ler...tgok la harga tu....boleh tahan..so kena makan sampi licin...


  makan time and enjoy

♥ ♥ 
♥ ♥
 ♥ ♥ 
 ♥ ♥ 
 ♥ ♥ 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
 ♥ ♥ ♥ ♥ 
 ♥ ♥ 
 ♥








finally
licin.............alhmdulillah tercapai hasrat 2011...


SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!