Hyeee mummy to be semua.... situasi hampa sama tak cam aku??
 |
| gambar ni ehsan dari mr. google |
Soalan demi soalan.... dah brapa bulan?? bila due?? boy ka girl?? ini la soalan paling femous sekarang... Jawapan: baru masuk 7bln (28weeks), due hujung bulan 9, jantina scan masa 21weeks doktor cakap tak pasti..so dia taknak bagitau sebab takut salah tershopping banyak plak... ada baiknya doc buat camtu kan... ye la, kalau tahu gigirl sure nak baju n barang pink je...kalau boboy nak biru jer..hehehe...so sampai la sekarang aku belum scan untuk tahu jantina... hubby aku nak suprise tunggu ja baby lahir...hehehehe best juga camtu...

yup... mengikut
sumber kandungan aku sekarang macam gambar ni.
U alls semua pernah dengar orang tua-tua punya petua tak...depa tu kadang-kadang ada betulnya..."sekilas ikan di sungai sudah ku tahu jantan betina nya..." cheeewah!! camtu pula..actually orang tua-tua ni depa banya pengalaman... dah brapa kali pregnant and beranak...dulu 1 family sampai 12 orang anak pun ada kan.. kau hado?? hehehehe...zaman sekarang ni ada cuma kebarangkalian tu kecil la kan... family aku pon 8 orang adik beradik..heheh kira kategori ramai la juga kan....
okeh!! camni... Banyak blog-blog yang dah share benda ni...so aku pon nak try suai padan kan dengan aku...
1. Perut ibu.
Sekiranya kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan - lelaki.
Sekiranya bundar atau melebar ketepi - perempuan.
(aku memang nampak pun kedepan..tak lebar pun...kawan aku pun cakap if tengok dari belakang tak nampak cam preggy pun..)
2. Arah tidur ibu.
Mengiring ke kanan - lelaki.
Mengiring ke kiri - perempuan.
(aku memang banyak mengiring kekanan berbanding ke kiri...tapi entah lah kadang-kadang sakit belakang ubah-bah juga gaya tidur)
3. Arah berat perut.
Sebelah kanan - lelaki.
Sebelah kiri - perempuan.
(aku pun xpasti..rasa macam baby duk tengah-tengah hehehe)
4. Perangai ibu.
Suka bersolek, bergaya - perempuan.
Malas bersolek, bergaya - lelaki.
(aku sekarangkan housewife.... duduk rumah je.. mana ada bersolek, tapi sejak azali lg memang malas nak bersolek =)
5. Garisan pada perut ibu.
Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan
tak putus - lelaki.
Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan
terputus - perempuan.
(lagi sekali lelaki....nampaknya tanda-tanda lelaki mendominasi ni...)
6. Wajah ibu.
Berseri - lelaki.
Tak berseri - perempuan.
(tanda-tanda ni tak pasti la....ada orang cakap muka aku ada nampak berseri...aku rasa tak berseri langsung sebabnya bibir kering, muka parut jerawat yang dulu-dulu taknak hilang...ermmm so yg ni aku letak perempuan)
7. Buku lali ibu.
Licin putih berseri - lelaki.
Kehijauan - perempuan.
(hahahha,,nak gelak dulu sebelum komen.... licin putih berseri tu takdak la..sebab aku ni jenis sawo matang...gelap ha....tapi takda la nak jadi hijau kan...)
8. Response baby terhadap ibu mengandung.
Kalau baby suka, maknanya si
kecil bertentangan jantina - lelaki.
Kalau baby tak suka, maknanya sama jantina - perempuan
(dalam kes ni...agak musykil la....dua orang baby aku try pegang n letak kan atas perut depa takmau berdiri atas perut aku..kedua-dua baby adalah perempuan...)
9. Morning sickness.
Teruk - perempuan.
Sebaliknya - lelaki.
(agak teruk la...)
10. Cenderung makan.
Protein seperti daging + makanan masin + asam - lelaki.
Manis dan buah - perempuan.
(tak pasti la yang ni.... sebab sangat suka makan buah-buahan, dan suka sangat makan daging kambing bakar letak sos lada hitam....sedap!!!)
okey...selesai sudah soal jawab.....
lelaki - 50%
perempuan - 30%
tak pasti -20%
keputusannya berpihak kepada BOY............ hahahah...actually semua ni ketentuan ALLAH swt..ni just suka-suka je...segalanya telah pun di tentukan oleh ALLAH swt....
SUka? > klick button "LIKE"...