4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 25, 2013

Tanda Nak Dapat Adik??


Assalamualaikum readers!

Dea Aleesya dah pandai pegang-pegang kaki dia sejak seminggu lalu..umur 5bulan 2mggu gitu... bagi aku ini salah satu perkembangan bayi yang positif...dalam proses mengenal anggota badan sendiri.. aku memang tak kisah Dea nak hisap ibu jari kaki... dari Dea masukkan benda yang bukan-bukan kedalam mulut... at least kaki budak ni bukan kotor pun..tak berjalan lagi kan...

keterujaan aku aku pon share dalam facebook gambar Dea hisap ibu jari kaki..heheheh majoriti yang komen cakap "Dea dah nak adik la tuuuuu" adakah ini fakta atau mitos??? tetiba rasa cuak pula bila ramai yg komen benda yang sama...yela ibu dah buat keputusan tak ambil sebarang protection :),

sungguh gigih berusaha nak masukkan kaki kedalam mulut
 Dea memang suka masukkan benda yang Dea pegang ke dalam mulut, apa saja yang ada dekat tangan terus masuk mulut...so dapat je pegang kaki apa lagi terus ngappp! je la, so kaki pun boleh jadi teether, aku syak la Dea gatak gusi thats why la Dea akan sumbat mauk mulut n gigit-gigit....


yeahhhh!!! sampai juga...good job Dea Aleesya

nampak jelas disini...hehehehe sedapnya jari kaki lagi besaq dari jari tangan puas gigit!!

persoalannya disini....adakah betul dengan apa yang orang komen tu.... Dea nak adik lg??? Dea dah boleh ada adik?? orang tua-tua dulu memang banyak pekara yang di kaitkan...

Bukan aku menolak rezeki Allah kalau betul pun Dea akan ada adik...tapi bukan masa terdekat ni...umur Dea setahun mengkin lebih sesuaikn...hehehehe tapi aku memang tak menolak rezeki.... dah ramai yang komen mungkin dah jadi doa untuk aku... apa pun Allah telah merancang sebaik mungkin.....






SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, March 23, 2013

Anak menyembur - Rambut ibu gugur

peeps!!!!

FAKTA atau AUTA ?


gambar ehsan Mr.google

perkembangan Dea dalam masa umur 5 bulan ni banyak sangat... antara yang paling ketara dah pandai menyembur dan hisap jari kaki (next entry i'll story).

pernah aku tanya MIL aku, betul ke lepas bersalin rambut akan gugur? MIL aku cakap nani time ana start menyembur rambut akan gugur... so now its my turn.... memang pun start Dea masuk 5 bulan dia dah pandai menyembur rambut aku gugur bukan main banyak...alahaiii anak... takkan nak salahkan anak sebab menyembur buih/air liur kan... perkembangan anak tu...

Aku rasa benda ni berlaku di secara kebetulan, sampai je waktu/kebolehan bayi untuk menyembur sama dengan perubahan hormon ibu yang menyebabkan rambut gugur... ada tak bayi tak menyembur?? tapi rambut ibu tetap gugur jugakan?? kan?

tengok tu...muncung jer......menyembur sakan

aku dah google FAKTA rambut gugur after bersalin... SINI

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.



alahaiiiii geram dengan muncung tu!

sembur la Dea... ibu tak kisah pun...janji riang ria dengan apa yang kamu buat tu...suka la benda baru yang Dea boleh buat...so akan ulang setiap pagi bila bangun tidur ini la kejanya......


dan di sebabkan banyak sangat rambut gugur abah suruh potong rambut pendek.... alahaiiiiii......!!! dah lama tak buat gaya rambut pendek ni.... ok abah ibu kan pertimbangkannya.... 

errr...rambut pendek..fikir dua tiga kali ni.... kena start google gak nak buat rambut macam mana..supaya tak selekeh bila rambut pendek...







SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, March 22, 2013

Demam campak a.k.a chicken pox

salam readers....

sedih hati ibu!! Near six month old my baby Dea demam lagi... pergi klinik nak ambil ubat check suhu 38.7 C... kesian sangat my pretty girl, semalam aku over time la... dua hari lepas ada dot-dot dekat badan lengan and dagu dia tapi temperature tak panas pun cuma ada batuk sikit-sikit...aku duk tunggu kalau keluar lagi banyak, memang aku suspek chicken pox,cuma belum pasti, semalam pergi ambil ubat aku tunjuk dekat doktor...so dia pun kata chicken pox,cuma kena tunggu dot-dot keluar banyak dulu...

anak ibu 5month 3week dah kena demam teruk....semoga demam ni nak bina imunisasi ye sayang... Dea kena Kuat!! ibu n abah selalu Doa kan yang terbaik utk Dea... Demam,sakit ni biasa la kan...cuma rasa Dea terlalu kecil nak menanggung sakit chicken pox..aku sendiri pun tak ingat rasa macam mana seksa kena chicken pox..maybe aku kena time baby juga kot....

think positif!! inshaa Allah Dea cepat sembuh dan kuat nak lawan chicken pox k...

nampak tak dekat perut bulat tu dah start menggaru....

demam pun layan pocoyo

gambar terbaru: tidur tak nak baring so aku masuk dalam buai kasi duduk je..





semoga Dea cepat sembuh....if betul chicken pox nnt aku update lg k




SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, March 21, 2013

Hidung Luka

Bismillah....

Apa kena la hidung anak ibu ni.... ter eksiden dengan apa la agaknya...atau pun sendiri tarik hidung...ishhh takkan sampai lukakan...konfius ibu..padahal ibu yang jaga Dea 24jam tau...terasa bersalah pula bila jadi camni...maafkan ibu.......memang rasa lain macam walaupun luka tu sikit jer tapi bahagian hidung..Dea memang suka gosok hidung so memang susah nak lega...

cer tengok gambar hidung anak ibu ni....dah comot sikit!!

tengok hidung anak ibu dah macam nak putus .luka

masih ceria ok!


ibu:sakit tak syg?
Dea: ummmmmm sakit la...




walaupun nampak sikit tapi air bisa meleleh nampak sangat Dea macam tak selesa....aku letak minyak gamat untuk hari first tu...tapi kulit muka Dea jadi merah-merah macam tak tahan dengan minyak... so ambil langkah nekad pergi farmasi beli cream yang siap dengan antibiotik taknak ada jangkitan kuman nanti lagi teruk luka merebak... alhamdulillah semakin baik luka tu.... sekarang ni bagi benda mainan pun aku dah tak bagi yang keras,takut Dea tertonyoh luka tu.... i'm care about that k...

tempek gambar ibu sama k....dah lama ibu tak masuk blog hahaha....



ok la....babaiiiii.......jumpa next entry =]



SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, March 17, 2013

DERA atau YOGA?

Bismillah...

Ya ampun...aku baru lepas tengok video "Controversial Baby Dynamics Yoga" astagfirullahalazim.... sesak nafas terasa kecut segala saraf aku... sedang enak Dea tidur petang mendung macam ni aku rasa selamat sebab Dea ada depan mata aku..

Baru-baru ni parent dekat Malaysia ramai yang naik hangin dengan amah Indonesia..kes dia "roti canai" kan baby 4 bulan seusia dengan Dea.... aku pun sama la..tak habis rasa nak penampaq laju-laju muka amah tu....senang je buat anak orang camtu...orang lain penat beranak dia main baling camtu... jauhkanlah manusia seperti itu dari anak ku ya Allah....   

sama ada hampa semua pernah tahu atau tak benda yang lebih kurang sama di lakukan oleh orang barat..katanya yoga untuk bayi atau lebih di kenali sebagai Controversial Baby Dynamics Yoga... tapi bagi aku pekara yang di buat oleh amah indon tu memang kes dera..sebab dia baling baby ke lantai..even berlapik sakit tu tetap ada... tak sanggup aku nak tengok sampai abis.. aku attach kn kat bawah ni...



Berbalik pada benda yang aku nak cerita ni "Controversial Baby Dynamics Yoga" hohohoh GOYA la sangat.....bagi aku juga benda ni sangat la tak releven dengan bayi....dengan sekeras-kerasnya aku memang tak setuju walaupon depa orang barat kata benda ni baik untuk bayi...bagi aku no..NO NO NO!!! tidak sama sekali ok.... 




kalau yoga setakat urut-urut belai-belai ok la..aku pun buat camtu...tapi nampak picture kat atas tu??? haaa baling kot....mau tercabut tangan baby....owhhh risau!!! malas cerita panjang-panjang... hampa tengok video dia plak..pastu bagi komen hampa plak...



so macamana??? boleh ke nak buat dekat baby camni...aku selagi slow motion nak layan anak aku..takut sakit ke apa ke kan.... atau ada sapa berani nak try buat kat anak hampa????

Pakar perubatan sudah lama memberi amaran bahawa pergerakan dramatik dan tidak semula jadi seperti yoga bayi boleh menyebabkan sindrom bayi bergoncang (SBS).

untuk ulasan lanjut sila klik Bayi diayun-ayun kosmo online.....






SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, March 16, 2013

Bayi berenang

Hye readers...

Memandangkan anak aku ni Dea Aleesya memang cenderung dengan air.... terpasang niat aku nak ajar Dea swimming tau.... tapi bukan aku la yang ajar sebab ibunya kalau lepas dalam air 6kaki dalam boleh membawa maut...hahahahha serius aku tak pandai berenang... teruja Dea dengan Air 

tambahan aku ni terpengaruh tengok video mat saleh ajar budak kecik berenang comel okehhh.....

geram aku tengok..... tapi ada ke masa nak bawa p swimming pool bagai....sebab yang nak ajarnya bukan aku...si abah sibuk mencari rezeki..bila weekend cuti sibuk pula dengan riadhah badminton,bola sepak and futsal....hummmm nak hantar kelas swimming tak mampu lagi kot...hehehehe 

tapi inshaaAllah satu hari nanti....chewahhhh bukan aku nak suruh Dea jadi macam panga lela renong pun....just tau berenang dah cukup puas hati tau...sebab aku dapat rasakan bertapa susahnya bila dah tua macma aku ni nak belajar berenang....memang tak la....

cita-cita ibu untuk anak.... =]


 



SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!