4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

ADAM, PIMPINLAH AKU...



Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam! Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pada akhir zaman. Itulah ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dengan darah dan kacau bilaulah suasana. Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya, peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu cicitnya. Jika begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam! Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan  aku. Atau sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu. Sejak dulu lagi aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk pabila menjadi isterimu. Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.

Adam! Aku tahu, alQuran ada menyatakan kaum lelaki memimpin kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Allah. Tapi, aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu. Menyimpang dari jalan yang telah disyariatkan. Allah perintah aku tinggal di rumah. Bukan berjalan-jalan di pasar atau bandar sewenangnya. Jika keluar pun, seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat. Tapi, ramai Hawa yang melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu. Jadi guru. Menjaga dan mendidik anak-anakmu. Waktu yang sama aku mengurus dan mentadbir negara. Ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kaummu yang menganngur. Kau tidak seperti dulu lagi. Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?

Adam! Marahkah kau jika kukatakan, "Andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!" Mengapa begitu Adam? Orang kata, "Jika anak jahat, emak bapa tak pandai didik. Jika murid bodoh, guru tak tahu mengajar!" Adam, kau selalu kata, "Hawa memang degil. Tak mahu dengar kata. Tak mudah makan nasihat. Kepala batu". Pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, "Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya. Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?"

Adam! Sebenarnya kau imam dan aku makmum. Aku pengikutmu dan kau ketuaku. Jika kau benar, maka baiklah aku. Jika kau lalai, aku juga lalai. Kau punya kelebihan akal, aku pula kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku! Akalku satu, nafsuku beribu. Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian. Aku sering tergelincir kerana dorongan nafsuku dan konco-konconya. Bimbinglah aku mengahayati kalimah suci Allah. Dengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar terang hidupku. Hembuskan roh jihad ke dalam hatiku agar aku menjadi mujahidah, kekasih Allah.

Adam! Andainya aku masih lalai kerana sikapmu sendiri. Segan menuruti langkah para sahabat. Masih gentar mencegah mungkar. Maka, tunggu dan lihat, saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yang memerintah. Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Lebih teruk lagi, engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yang kau agungkan itu.



 


ps: adam dan hawa..




SUka? > klick button "LIKE"...

No comments:

Post a Comment

thank you sebab sudi mengomen....

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!