4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 1, 2013

Barang Baby |pre order 28/2/2013|

STICKY POST  

please scroll down for the next entry... Thank you very much reader

jom order barang-barang baby...untuk anak-anak dan sebagai hadiah...


1.ROMPER CARTER'S 5IN1 LENGAN PENDEK.

*gambar contoh.*

HARGA :: RM30/PACK
(5 pcs / pack)

saiz 
3M(3.6kg-5.7kg)
6M(5.8kg-7.5kg)
9M(7.6kg-9.3kg)
12M(9.4kg-11.1kg)
18M(11.2kg-12.5kg)


2. ROMPERS CARTERS 5IN1 LONGSLEEVE.


*gambar contoh.*

HARGA :: RM36/PACK
(5 pcs / pack)


saiz 
3M(3.6kg-5.7kg)
6M(5.8kg-7.5kg)
9M(7.6kg-9.3kg)
12M(9.4kg-11.1kg)
18M(11.2kg-12.5kg)



3. ROMPER CARTER'S 4IN1 SHORTSLEEVE WITH STOKING 


HARGA :: RM36/PACK

SAIZ
0-6 SAHAJA.


4.Calvin Klein 3IN1 baby jumper

INI CONTOH JUMPERS CK

SATU SET ADA 3HELAI

HARGA :RM50/pack

saiz 
NB
3m(0-3m)
6m(3-6m)
9m(6-9m)
*setiap saiz boleh pakai extra 2-3m



UNTUK ROMPERS,TIGHT DAN JUMPERS 

design tak boleh pilih.sebab aku akan pilih kan.sebab bukan ready stock kan.

aku collect order ramai-ramai,aku p beli secara borong.

so sama-sama dapat harga borong.

dan aku akan pilih yang cun-cun saja.

setiap pack rompers akan ada 2design belang.
^___^



Cas postage UNTUK SEMENANJUNG   

dikira berdasarkan kuantiti tight,rompers&jumper.





0.00kg -0.75kg : RM 6.00(1-5helai)
0.75kg -1.00kg : RM 8.00(6-10helai)
1.01kg -1.25kg : RM11.00(11-15helai)
1.25kg -1.50kg : RM13.00(16-20helai)
1.50kg -1.75kg : RM15.00(21-25helai)
1.75kg -2.00kg : RM19.00(26-30helai)



POSTAGE KE SARAWAK UNTUK ROMPERS&JUMPERS

Bawah 500g RM 10.00(1-5helai)
0.50kg - 0.75kg:RM13.00(6-10helai)
0.75kg -1.00kg : RM16.00(11-15helai)
1.00kg -1.25kg : RM19.00(16-20helai)
1.25kg -1.50kg : RM21.00(21-25helai)
1.50kg -1.75kg : RM23.00(26-30helai)
1.75kg -2.00kg : RM25.20(31-35helai)



CAS POSTAGE ROMPERS&JUMPERS,TIGHT KE SABAH
Bawah 500g RM 12.00(1-5helai)
0.50kg - 0.75kg : RM16.00(6-10helai)
0.75kg -1.00kg : RM19.00(11-15helai)
1.00kg -1.25kg : RM23.00(16-20helai)
1.25kg -1.50kg : RM26.00(21-25helai)

1.50kg -1.75kg : RM25.00(26-30helai)
1.75kg -2.00kg : RM28.00(31-35helai)







contoh :
1pack ada 5helai,so postage RM6.
kalau 2pack ada 10helai,so postage only RM8..

dan seterusnya ya.



cara nak add FB aku and PM inbox untuk order rompers :-
-nama
-alamat
-no fon
-rompers untuk girl or boy or unisex
-saiz apa
-berapa pack nak

LAGI BANYAK MEMBELI..LAGI MURAH POSTAGE!!!




5. ELC PUPPLE

barang sebijik macam gambar.
tak ada kotak.

HARGA :: RM110/PCS

POSTAGE
SEMENANJUNG RM10
SABAH RM28
SARAWAK RM23



6. PLAY GYM


BRIGHT STAR PLAYMAT
HARGA :RM 90/PCS



PLAY GYM MOTHERCARE
HARGA: RM100/PCS

The Bright Starts Pretty in Pink Supreme Play Gym is a fabulous play gym for babies from birth, with lots of fun toys and sounds to keep your baby entertained .
  • Includes plush flower chime, oversized mirror, soft butterfly with crinkle wings, plush snail, teether and spinning rattle
  • Completes with a well-padded mat 
  • The toy bars are removable so the mat can also be used for tummy time
  • Machine washable play area
  • Suitable from birth
POSTAGE 
SEMENANJUNG RM10
SABAH RM18
SARAWAK RM16
7. LAMAZE TOYS
(if toy pilihan anda tak ada stock,toy anda akan saya tukar dengan sebarang toy yang ada stock,if setuju baru place order ye..)


kuda (CODE 001)
labah-labah (CODE 002)
monyet (CODE 003)
gajah merah (CODE 004)
rama-rama (CODE 005)
singa (CODE 006)

kumbang (CODE 007)
landak (CODE 008)
girl (CODE 009)
naga (CODE 010)
princess (CODE 011)
gajah ungu (CODE 012)
HARGA :: RM24/TOYS


POSTAGE 
SEMENANJUNG :: RM6
SABAH :: RM11
SARAWAK :: RM9

BELI LEBIH DARI SEEKOR,POSTAGE AKAN DI BERITAHU KEMUDIAN.

*HANYA YANG BERSETUJU UNTUK MAINANNYA DITUKAR (SEKIRANYA MAINAN YANG DIPILIH TIADA STOCK), HARAP MAKLUM....*



8.lamaze inchworm

HARGA :: RM23/EKOR


POSTAGE :: 
SEMENANJUNG :: RM6
SABAH :: RM11
SARAWAK ::RM9



PADA YANG BERMINAT NAK ORDER,SILA ADD SAYA DI FACEBOOK,SEBAB SAYA AKAN UPDATE TENTANG BARANG DI FACEBOOK.

  DAN SEGALA URUSAN JUAL BELI ADALAH MELALU INBOX FACEBOOK...


  ORDER DI BUKA sehingga 28.2.2013
PEMBAYARAN PERLU DIBUAT PADA 23.2.2012 HINGGA 28.2.2013

BARANG AKAN SAMPAI PADA ANDA SELEWATNYA PADA 12.3.2013 @LEBIH CEPAT PADA TARIKH YANG 
DIBERITAHU. SELALU AWAL BULAN SAMPAI

SILA ORDER AWAL JIKA HENDAK BARANG DI POS AWAL .

BOLEH INBOX FB  SEKARANG UNTUK BOOKING.
SAYA AKAN HANTAR ACC AKAUN BILA SAMPAI 
DATE UNTUK START BANKIN/TRANSFER.
*SILA BOOKING AWAL YA*
SENANG SAYA NAK KIRA ORDER.

TOLONG!PM INBOX FACEBOOK:
 NAMA,ALAMAT DAN NO FON . UNTUK MENGELAKKAN SAYA TERLEPAS PANDANG PADA ORDER ANDA.

SUka? > klick button "LIKE"...

Pap Smear

Bismillah...

Yes!!! aku dah buat ujian pap smear, poyo jer....baru jer balik ni.. bukan apa sebelum ni mentality aku asyik berkata malas nak buat ujian pap smear sebab MALU,pastu ujian ni SAKIT (belum buat mana tau rasa macam mana)....macam tu la kan mereng je..padahal masa beranak hari tu dah hilang rasa malu...malu-malu pun kena juga la sakit nak beranak oiii...doktor laki ramai plak time aku tu,,, tension pssffffttttt.........let talk about pap smear...

masa check up Dea masa 5 bulan hari tu..nurse tanya pernah buat pap smear? aku kan jenis jujur...hahaha nak menipu fikir dua tiga kali..errrr jawab je tak pernah.. so nurse suruh datang hari jumaat 1.3.13, wokehhh set!! bila di fikir-fikirkan ujian ni untuk check tahap kesihatan aku, free of charge pula....

nak kongsi pengalaman aku buat pap smear.... sampai ja dekat KKIA ada 3orang kakak-kakak muka senyum-senyum ja baru lepas buat pap smear, siap nyakat aku lagi...sakit!!!! gerrrrrrrrr!@#$%^&*.... dalam hati nak balik pun ada...tapi depa cakap sambil gelak-gelak... pastu salah sorang cakap takdak la..biasa ja...sejuk hati sikit... sampai turn aku:

masuk bilik, ada nurse sorang je...pastu aku tengok tools pap smear....dupdapdupdap...macam picture kat bawah...tak sempat la nak bergambar bagaikan...naik baring atas katil..pastu posisi macam nak beranak...terkenang kembali...

gambar ni dapat dekat pakcik google

nampak alat paruh itik ??? errrr benda alah tu la nak jolok masuk...hehehe opsss fikir bukan-bukan pula ... lepas tu paruh itik tu akan di buka..ternganga sikit la miss v time tu...nurse pun akan masuk bnda yg panjang untuk korek tisu pangkal servik..dua kali dia korek-korek....tak sakit pun...heheh biasa-biasa jer...sakit lg time check bukaan time nak beranak ok...
 

so sepanjang pengalaman aku panjang ke? pap smear ok je la..mana rasa sakit pun...cuma rasa malu tu ada la sikit....miss v kan tempat sulit,nak tunjuk dekat orang lain selain en.hubby memamg kekok sikit la...

pap smear ni memanglah tersangat penting!!!!! so bagi hampa yang belum buat lepas beranak ni aku nasihatkan jangan malu jangan segan p la buat ok.... nak tau kepentingan pap smear ni hampa google la..aku pun malas nak cerita balik or copy paste..dah banyak blog yg duk share.. aku baca dekat SINI dan SINI 

Di atas kepentingan ujian pap smear ni aku buang rasa malu la...kalau beli keta RM 1juta pun kena service ni kan pula 'barang' kita....mana ada spare part dah...so mencegah lebih baik dari mengubati....

oleh itu...saya seru wahai kaum hawa sekalian ayuhhhhh menjalani ujian pap smear.....macam buat kempen kan...maklum lah dah dekat election ni...haha terpengaruh..tetiba kempen pap smear plak kn....


SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, February 28, 2013

5 bulan |Dea Aleesya|

Bismillah...

Dea dah boleh bercakap bahasa germen + siam...ibu tolong translate hihihi

ekspress update entry.............................ibu ada simptom malas nak update..heheheh somebody please help me!! tapi rajin jer blogwalking..adios!!!!



SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, February 27, 2013

Solid Food: Are You Ready |Dea Aleesya|

Bismillah....

adoiiiyaiiii sejak bergelar makmak ibuibu ni naluri nak bagi yang terbaik untuk anak tu membuak-buak macam lava gunung berapi.....ceihhh ye la tu... 

ibu Dea nak mamam!!!


oyeahhh u alls....sekarang ni Dea dah 5 bulan hokeyyy.... dan aku telah mengambil langkah berani!!! beranikah aku? actually takut sangat.... adakah anak aku bersedia untuk menerima makanan?? banyak persoalan yang bermain kat kepala hotak! seorang graduan then duduk rumah jadi isteri dan ibu...nak bela seorang anak pun masih berkira-kira sama ada apa yang aku buat untuk anak aku ni betul ke???? 

first baby ok....so banyak benda aku was2...nak tak nak anak hang...aku ikut naluri keibuan aku....she need solid food,, sebab dengan bantuan ahli keluarga, kawan-kawan, suami dan tak lupa juga kamus aku geng2 blogger yang aku search melalui mr.google..Dea tergolong dalam bayi yang cepat untuk menerima solid food before 6month... Lagi satu bulan mau tunggu kasi dea makan....?? sangat kasihan menahan bayi kecil dari menahan perut yang selalu kosong...aku mmg suri rumah..dan dea memang dekat dengan aku..bagi dea minum DF jer...takdak stok2 ebm bagai....

aku bukan ibu yang penuh ilmu didada...tapi aku ada naluri seorang ibu
what should i do?? bagi makan or tengok jer Dea berlapar walaupun aku DF...sampai satu masa Dea akan merengek...bf tak nak itu ini taknak...apa yang Dea nak?? makan kot...hehehehe

>>>>JANGAN SAMAKAN ANAK AWAK DENGAN ANAK ORANG LAIN..PERKEMBANGAN BABY TAK SAMA OK<<<<

Dari apa yang aku google dan aku baca tak semestinya 6bulan baru introduce solid food\...bermula umur 4bulan dah boleh pekenalkan sikit-sikit....takkan nak tunggu 6bulan terus kasi makan kn...terkezutttt usus baby....so aku fikir betul juga...bagi jer anak aku makan sikit-sikit satu sudu teh pun dah ok..untuk intro pada usus Dea....bagi rasa la contohnyakan....betul ke idak??? PERKEMBANGAN SETIAP BABY TAK SAMA...so aku baca dekat SINI... tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk menerima solid food: (di translate kan dalam bahasa ibunda)

Here are a few "signs" that may indicate your baby is ready for Solid Foods: berikut adalah "tanda" dimana bayi anda sudah bersedia menerima makanan pejal.....malas nak translate dik non..ikut pahamana aku dah la k...buat summary dulu time sekolah malas nak buat summary...

Baby dah boleh duduk dengan stabil dengan sedikit atau tanpa sokongan.

Maksudnya kalau kita letak baby dalam bumbo seat nan hado...tak mampu nak beli hahaha...atau baby boleh duduk tegak atas pangkuan kita tu kira okey dah la tu. senang nak bagi baby makan, bagi baby makan dalam keadaan baring adalah tidak digalakkan. Takut baby tersedak atau tercekik. Jadi suap baby dalam keadaan baby duduk tegak supaya makanan lebih mudah ditelan. 

Refer gambar di bawah...ok syarat no.1 Dea Pass!!!

siap duduk dalam baby chair lagi...suap jari dalam mulut

  Berat badan baby dah naik dua kali ganda dari berat semasa lahir.

Contoh: Masa lahir berat baby 3kg. By the time kita nak bagi dia makan, berat baby tu mesti at least 6 kg baru dikatakan baby dah ready for solid food. Please refer side bar aku tuh...Dea lahir 3.39kg so aroung 6.8kg dah boleh makan....tapi aku rasa belum sampai kot berat camtu almost la.... syarat no.2 akan di pertimbangkan,


Baby menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap makanan.

Perkara biasa bagi Dea....pantang tengok..bukan benda makan pun Dea nak agak nya hahaha.....minat semua benda nak capai and masuk mulut. tengok gambar ni....ni gambar sebelum aku search pasai solid food lg...umur awal 4month dah macam ni....sekarang dah 5bulan cer bayangkan minat Dea terhadap makana..... syarat ke3 pass!

boikot McD...hehehehe
  Baby dah pandai mengawal lidah mereka.

Part ni maksudnya gini. Baby umur 6 bulan ke bawah biasanya suka main jelir-jelir lidah macam nak menghisap sesuatu. Kalau baby dah mula mengurangkan kekerapan menjelir-jelir lidah tu, maknanya dia dah pandai control lidah sendiri. Kira dah boleh perkenalkan makanan kat dia. Kalau baby masih suka keluar-keluarkan lidah dia then kita dah bagi dia makan, itu yang jadi kes kononnya baby tolak makanan lah, luah balik apa yang dia makan lah semua. Sebenarnya mungkin baby tu belum pandai control lidah dia. syarat ke4 pass!!

Boleh megawal kepala dan tengkuk.

Maknanya tengkuk baby tu dah keras, dah stabil untuk mengawal kepalanya sendiri. Pastikan ok!! terkulai2 maknanya belum boleh...belum sedia ok! pass juga syarat ke 5 ni

cukup tegak tak camni???
 Cepat lapar.

Baby memang makin besar makin kuat menyusu. Kalau kita perhatikan kekerapan baby menyusu makin kerap, dah tu setiap kali menyusu tak reti nak sikit-sikit. silalah ready untuk bagi anak makan. Tak cukup susu dah lah tu. Dia nak makanan tambahan lain. dan yang berlaku pada Dea sekarang ni syik merengek walaupun baru sudah minum susu bergalen2 dari breast ibu....dan Dea dah taknak bila di suruh minum lagi...hahahah bukan di sebabkan tak sedap kan cuma u alls kalau asyik minum je tak makan rasa kurang gak kan....
WALAU BAGAIMANA PUN

masih ada yang aku ragu-ragu bila baca kes-kes usus baby tersumbat..adoiiii dalam delima ibu di buatnya Dea...alahai anak ku sayang.....macamana ni??? aku perlukan bantuan dan sokongan dari kamu...naluri kata anak dah lapar dan sedia nak terima solid food...tapi kekuatan nak bagi makan tu belum ada....

ye...aku tau seelok-eloknya 6 bulan....tapi.......bukan la aku ni paranoid sangat..cuma anak ok..anak...dulu masa orang lain bagi makan anak depa awai aku cam alehhhh tak baca la tu...main sumbat jer...bila sampai turn aku kena batang hidung sendiri haaaa cer jawab....anak dah nak makan ibu pula obses dengan polisi...ye la mencegah lebih baik dari mengubati... 

Tapi aku rasa la kan...aku rasa maksudnya pendapat aku la...selagi tak bagi anak makan benda yang memudaratkan ok kot kan...actually aku dah mula inroduce sikit-sikit dekat Dea...contohnya intoduce dengan puree banana, Dea macam tak berapa suka...seterusnya plain rice then buat porridge la(baru sekali bagi)...ok jer penerimaan Dea...pastu seminggu pastu sweet potato+porridge sangat suka Dea makan..... benda ni sekadar rasa jer...belum start betul2 ok...ni pun sebab kak long aku suapkan anak dia..so Dea tumpang rasa jer...

Jangan lupa mulakan suapan tu dengan bismillah....insyaAllah naluri ibu untuk yang ternaik untuk anak ibu........





semua info tentang solid food (resepi,kaedah nak uruskan solidfood,peringkat umur untuk intro jenis makanan and etc) sila KESINI




SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, February 22, 2013

Abah bawa tengok beruk!!!

Bismillah....

Dea makin sehat syukur alhamdulillah....cuma after baik demam ni ada piil baru...waaaaaa dea hanya nak duduk dgn aku jer,dengan tok ibu pun taknak sangat....(risau!!) sebab ibu tengah giat mencari kerja...macam mana nak tggal dea ni... tambah lagi dengan refuse botol...bila mood baik nak la minum....hope bila ibu tak dak mood Dea ok jer k...(dea ingat tau jangan buat orang tak suka kita)...

semalam, ikut abah pergi astro...saja gedik abah nak kuar p astro buat report...nk tukar recorder astro rosak...padahal kalau telepon pun boleh...ibu pun gedik nak ikut abah...hehehe boleh bawa Dea jalan-jalan..... 

lepas jer p astro...abah tanya nak p mana, ok dekat penang ni banyak tempat boleh p kalau rasa nak outdoor activity... fikir punya fikir...dah dekat dengan gurney drive, tapi malas la nak lepak-lepak situ..bagi aku tak dak apa yang menarik selain tgok laut yg tak branak nak bersih tu....

aku ajak p taman belia...kat situ taman yang sesuai nak lepak-lepak sebab suasana teduh...actually aku pun tak pernah pergi..hahaha pernah lalu jer....tapi en.hubby ni bawa salah jalan la pula....hummm malas dah nak turn so decide pergi waterfall sebelah taman belia jer pun...ok setibanya di sana...pergi hari orang berkerja memang tak dak orang pun...yang ada penunggu hutan la beruk!!!!.so duduk-duduk lepak-lepak jer pun tak de activity yang nak buat...sekurang-kurang nya bawa dea makan angin segar sambil explore keindahan alam...

nak mudah crite tempek gambar...hihihihi


opppsss!!! abah Dea botak lg.... dah pandai berebut dengan abah hihi

mana beruk abah???


gambar bawah ni...gambar Dea dan ibu yg over acting hihihih.......
layan....

suka bila outdoor...bila balik duk dalam umah mula la nk bunyi....








bubbye...nanti kita p lagi k....


SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!