4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 19, 2013

Dea Berendam

bismillah...

cerita Dea lagi...asyik asyik cerita Dea je kan.... nan hado cerita lain lagi...asyik berkepit ja aku and Dea..... 

tajuk entry macam nama kueh... badak berendam...hahahaha :) Dea sejak lahir memang kalau time mandi jarang sangat nak nangis...if berlaku sedikit kekasaran jer dea akan nangis....masa mandi bukan main layan lagi si kecik tu...lepas je mandi terus nangis..tak puas mandi la kot...ntah la...memang sampai umur 4bulan ++ ni hobi Dea mandi.....

biar picta berbicara..........setakat 4month ++ dea tak takut air langsung, tengok air macam gelak sakan...nak ajar dea swimming..tp mcm takde masa ja....lgpun ibu tak pandai berenang huhuhu....


 sekali sekala tidur hotel ada la bath tub huhuhu.....seronok sangat layan dea berendam...tapi tak lama la sat-sat boleh la.... tengok pool macam dah pandai berenang..asyik nak toleh tengok air je....


so bagi memenuhi impian dea...asyik toleh sangat bawa la berendam kaki jer kat pool kanak..aku malas nk turun..so duk kat tepi jer la....lagi pun risau kulit dea sensitive...


lain kali kita ajak abah p mandi lagi k sayang..








SUka? > klick button "LIKE"...

Monday, February 18, 2013

Morning kiss before go to work

Bismillah...

sweet.... morning kiss sweet ke? erkkk kalau bangun terus dapat kiss bukan sweet okey!! masyammmmm musyukkk ada la....

sweet yg aku maksudkan adalah cerita di bawah ni....sangat sweet okeh, ada skit mcm kisah hidup aku hohoho perasan...tapi mmg itu la yang aku rasa bila laki aku p keja awal2 pagi tak gerak aku,terjaga ja dah takdak kat sebelah,tengok handphone dah tak dak...confirm dah p keja tak gerak aku....katanya kesian nak gerak aku yang bangun berkali nyusukan Dea...dia p keja before subuh lagi..pukul 6.00am (subuh lewat skrg ni) pergi awal sempat la solat kat tempat keja.....hati ni rasa bersalah tak sempat salam and bisikan "i love u" hahaha nak juga kan...



saja nak konsi cerita sweet ni.....cer hampa baca, sama gak kot macam hampa...

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas asar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat... ayang akan faham bila kahwin nanti,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. 

Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.


lumrah hidup suami isteri kan...teringat kata-kata p.ramlee: sedangkan lidah lagi tergigit ini kan suami isteri...hihihi


cerita ni tak la sebijik cam kisah hidup aku okeh!! Dea pun belum boleh merangkak hehehe part yg sama bila bergaduh sikit2...cuma aku lain sikit la...contoh bila laki aku merajuk p keja sampai tak masej aku...tak kol aku time break,tak tanya anak buat apa..bila nak balik keja tak kol dulu tanya nak pesan beli apa..hehehe....tapi bila masing-masing realize elok la balik...hihihi mula nk manja-manja...

bila lama tak bergaduh manja pun tak best gak...graft mndatar jer...hihihi sekali sekala kena gak ada selingan gaduh manja ni...baru sweet!!!




SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, February 16, 2013

MITOS MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU

  

 Bismillah....

Entry ini aku copy dari facebook : KELAB PENYUSUAN SI MANJA


                       




Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu dan salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

Sumber : Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Sharing is Caring ♥ Kelab Penyusuan Si Manja ♥
SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, February 15, 2013

musim demam ke?


Dea demam selsema....demam ni la yang aku paling tak suka bila terkena diri aku...so aku anggap aku di tempat Dea...sure Dea pun rasa macam aku rasa...aku memang jarang terkena virus ni...konon antibody kuat... so apabila virus ni menyerang Dea, aku as a mother pun rasa gelisah...mau tak nya minum susu pun takmau,tido nangis jer sebab xselesa..if kita yang dewasa pun rasa nak cabut hidung letak sebelah kn....ni kan baby yg berusia 4month 2week....alaaaaa ciannya anak ibu....

dua hari dah keadaan berlarutan....sure berat badan akan susut...tak kisah la,janji Dea cepat sembuh... memula demam selsema jer....esoknya pula suhu badan macam naik skit, sukarela atau paksaresa aku memang la jururawat Dea....first time anak sakit,so grab la peluang nak jaga anak sendirikan....ada ganjaran di akhirat kelak inshaa Allah....bukan mengharap ganjaran just bila fikir ganjaran makin semangat aku nak jaga Dea..even Dea bangun tengah malam nangis2... untung la tak keja lagi kan dapat layan Dea.... walaupun rasa lega sebab tak keja lagi dalam hati tak putus berdoa semoga cepat dapat keja... 




lekat cool fever kat dahi pun senget...apa la ibu ni kan..hehehe Dea dah pandai tarik buang cool fever tu...so asyik tempek buka tempek buka..sampai la adhesive tak proper lagi...solution nya lekat time Dea tido and harus di bedung! hahahahah demam demam pun kena buli dengan ibukan?


so bila Dea bangun tido tak boleh guna cool fever lagi.....guna la kaedah kain lampin lembab..aku suka cara ni..latak jer atas kepala...bila rasa panas serap ke kain terbalik kn kain...simple tapi berkesan nak sejukkan suhu badan baby.... tengok tu asyik je kan...huhuhu demam pun mesti layan kartun lagi..fevourite show la....


kembali ceria..tapi demam Dea on off...bila dah ok ceria la sekejap...hidung tak tersumbat cepat2 aku bagi minum susu....kalau tak jangan harap la Dea nak minum dengan keadaan hidung yang tersumbat tu......

tapi kan agak pelik la...lepas berpeluh ja Dea naik ruam....biji kecik2..adakah demam campak???? tapi naik dekat kepala and muka jer.....so aku rasa bukan campak and letak bedak amway allano tu..buat cam bedak sejuk tempek jer kat muka....



Dea cepat sembuh k...hope dapat tido nyenyak malam ni....sian sangat bila tak boleh tido malam... dah google petua hilangkan selsema baby... aku dah letak minyak dekat batang hidung n ubun-ubun...nampak cam berkesan..tak tau la...tengok la camna k....dah letak baby balsom...pastu ada akak aku bagi minyak apa tah wangi....kak aku cakap untuk legakan selsema baby..pun aku letak.....nak sangat antibody Dea kuat dapat lawan Virus ni....sebab tu la aku tak bawa Dea g klinik,..nak imun Dea kuat.....tapi if selsema berlarutan kena bawa juga la...baby kan sian sangat tak dapat handle selsema lagi.....


dea cepat baikkkk tau :)











SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, January 30, 2013

Allah knows what is the best

Bismillah...

I trust ALLAH


Allah knows what is the best for us, so why should we complain
we always want sunshine but Allah knows there must be rain
we always want the laughter and the merriment of cheer
but our hearts will lose their tenderness if we never shed a tear.....

kata-kata dibawah ni buat aku realize tentang setiap doa yang kita mohon... Allah berikan kita sesuatu tapi kita tak pernah terfikir tentang Kebaikan yang Allah kurniakan...so setiap apa yang terjadi ada Hikmah...

Jika Allah Belum Makbulkan Doa kita…

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, aku terima kaktus berduri…
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, aku terima ulat bulu…
Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini…
Namun kemudian…
 
Kaktus itu berbunga sangat cantik, 
Ulat itu membesar dan berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.


Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,
 kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, 
puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? “

Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.




 

Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 186 ; 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.  

Kita , sebagai seorang hamba , kena selalu bersangka baik dengan ALLAH . Sebab , kita tau , kita tak ada apa-apa dalam dunia ni . Kita lemah . Semua milik ALLAH . terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan aku keluarga yang bahagia...mak ayah adik beradik ibu ayah mertua especially suami dan anak di sekeliling aku bagi mewarnai hidupku... Ya Allah kau murah kan rezeki kami Ya Allah...kau panjangkan Umur kami ya Allah.... permudahkan segala urusan kami Ya Allah... amin amin amin ya Allah.........




SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, January 27, 2013

My sweetheart 4 month Already |Dea Aleesya|

Bismillah...

Alhamdulillah sudah mncecah 4bulan... banyak yang aku belajar nak handle Dea dalam masa 4bulan....24hour berkepit jer okey....

sempena Dea masuk 4bulan ibu dah dapat interview keja..... semoga rezeki Dea ibu akan dapat kerja...berdoa ja ni..lagi dua hari nak interview...nervous!!! dea please minum susu guna botol k...mood ibu risau ja ni nak tggai ank ibu... 

wajah anak ibu ketika 3bulan ++........dah dekat nak masuk 4 bulan ni...



sanggup isap jari dari isap botol....ishhh anak dara ni suka tangan kiri tau

berlemoih.....muka kena paksa pakai headband bunga besaq

first time hangout malam...teman abah tengok bola

kekasih hatiku...i love both of u..mmmmmuahhhhhh


chiweee jumpa sofware baru dalam hp...terus try edit gambar...mulut hubby aku tu xpakai liptik k....ntah bila dekat bibir jadi macam pink gitu... >.<













SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!