Perempuan memang nafsu nya 9 tapi akalnya 1, tapi mereka pandai menggunakan akal yang satu itu disamping mereka ada sifat malu yang lebih menebal dan mendalam sedangkan lelaki ada 1 saja nafsu dan 1 ini lah di gunakan bagi mengatasi 9 akal tersebut....
hahahha...ada tak lelaki sakit ati dengan penyataan diatas???? sure adakan....saya tak kata semua lelaki okey.....cuma sekarang makin ramai kaum adam yang salah gunakan akal yang 9 tu....bagi saya lelaki memang hebat...di kurniakan 9 akal....tp hanya 1 nafsu....tp lagi hebat jika 1 nasfu dapat menindas 9 akal....renung2kan lah.....so terbukti kini dengan pratusan kaum hawa majoriti berada di IPTA & IPTS lebih ramai berbanding lelaki....dan saya cukup bangga dengan kaum wanita zaman sekarang....dengan 1 akal dapat berdiri gah bersama lelaki yang 9 akalnya. saya juga tidak merendahkan martabat seorang lelaki.....bahkan lelaki itu adalah peneraju ketua keluarga...ketua negara dan sewaktu dengannya perlulah menggunakan kurnia ALLAH dengan sebaiknya.....
ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri.
Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka. wallahualam....
sebarang komen dan pendapat sila taip kat bwh okey....














