4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 17, 2010

hati a.k.a heart

heart = the organ inside your chest that sends blood round your body.


hati merupakan organ badan manusia yang penting, hati perlu di jaga, kerana apabila sakitnya hati impaknya bukan seluruh badan sendiri sakit malah orang lain pon turut berjangkit......ada spesis manusia bila dia sakit hati, dia tak suka sakit sorang-sorang, dia buat orang lain pula sakit hati dengan dia.. contohnya, entah dengan siapa dia moody, abis semua orang dia marah...so orang lain pula sakit hati dengan dia...hummmm...ni la punca sakit hati berjangkit...jaga2 k...

hati ni organ yang pelek....sebab hati ni mcm2 function boleh jadi la....hati rasanya hati memberi isyarat pada otak untuk mentafsir apa sebenarnya yang di rasai.....ALLAH cipta hati sangat unik.

tapi sakit hati ni boleh di ketegerikan kepada 2 : 1) sakit yang memang sejenis penyakit, dan 2) sakit kerana hatinya sensitif dengan apa yang telah terjadi. sakit hati yang nk di bincangkan ialah sakit hati ketegori yg ke.2......hihihihi...aku menulis bukan kerana sakit hati, tapi terfikir tentang soalnya hati, macam yang aku kata tadi hati ni unik....bukan kita kena jaga hati kita ja...(selfish...tak baik tau) hati orang sekeliling kita pon kita kena jaga.... nak jaga hati seniri mungkin sangat mudah...cuz kita memang faham hati sendiri...tp bagi sapa yang tak faham dengan hati sendiri ada masalah besar sikit r... nak jaga hati orang pon senang sebenarnya...tp biasalah manusia, no body perfect kan.... 1001 macam punya manusia ada...so cakap soal hati ni sampai 10 page pun tak cukup.


Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa pedih, perih, bengkek!! . Sukar diungkapkan, tapi sangat jelas menyayat dada bagai di siat-siat luka berdarah....

PERNAH rasa sakit hati???? setiap insan pasti pernah merasa, cuma dari sudut berbeza, sama ada sakit dengan enviroment, teman, BF/GF, saudara mara dan lain2 la....mcm2 yang boleh buat kita sakit hatikan... cuma kesannya berbeza pada setiap individu, ada yang ter'over sakit hati, ada yang hati kering ( sakit skit jer) hahahha....
Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. sekitar remaja seperti aku (remaja g ke??) masalah CINTA adalah biasa...so sakit hati kerana CINTA...uhhhh...mak oiii...rasa mau peluk mak tak lepas2...memang sakit... Aku PERNAH....tp 2 sejarah la...ada pengalaman juga la...kecewa beb!!! memang sakit hati...hancur lumat berkecai...( blog ni lahir time 2 la) hihihih....but aku okey sekarang...

Siapa pun kita, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati,amat sukar bagi kita untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan, mungkin merasa susah untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. tapi hidup mesti di teruskan... hidup ni hanya pinjaman, apa gunanya jika di teruskan hidup dengan rasa sakit hati??? nak tips hilangkan sakit hati?? hihihihi...ada2 jgn risau.

mungkin ni adalah tips otai untuk kurangkan sakit hati :

1. BERDOA
ALLAH MENGABULKAN DOA SETIAP ORANG

Allah Yang Mahakuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang, telah berfirman dalam al-Qur'an bahwa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya. Adapun salah satu ayat yang membicarakan masalah tersebut adalah:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas, Allah itu dekat kepada setiap orang. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, pikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap orang. Dengan demikian, Allah Mendengar dan Mengetahui setiap orang yang berpaling kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya. Inilah karunia Allah kepada manusia dan sebagai wujud dari kasih-sayang-Nya, rahmat-Nya, dan kekuasaan-Nya yang tiada batas. selanjutnya sila layari http://www.drmaza.com/home/?p=409


2. meminta maaf dan memberi kemaafan


memaafkan orang yang buat kita sakit hati.....memang sukar...dan teramat sukar bila hati terluka nak maafkan apa yang terjadi...tapi bila disimpan rasa sakit itu, maka bertambah la beban sakit itu...kurangkan beban itu dengan KEMAAFAN...sedangkan kan NABI s.a.w ampun kan umat...inikan kita sesama manusia....setiap perbalahan yang terjadi pasti meninggalkan sedikit kesan dalam hati...tapi jangan simpan k...nanti rosak hati sapa mau ganti??? paling penting sekali apa yang harus kita lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain karana memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan, komuniti, masyarakat dan sewaktu dengannya.

3. berpikir positif terhadap suatu yang telah berlaku....percayalah setiap apa yang berlaku dalam dunia ni baik @ buruk ada hikmahnya.... berpikir positif bila ada teman teman memberi kritikan/tindakan orang lain yang mungkin boleh menyebabkan rasa sakit hati, karana pikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal. tak percaya???? try la... bagi siapa2 yang dapat kawan yang mulut leser..atau cakap tak berlapik buat2 tak dengar..berfikir positif la...mungkin dia tak sedar apa yang dia cakap...anggap la time tu dia otak tak center...hihihih ( jahatnya aku) nk jaga hati sendiri....

4. jangan anggap kita tak pernah bagi orang lain sakit hati...kan kita ni manusia...nobody perfect...so jangan terlalu lama memandang kearah yang menyakitkan...cari alternatif lain untuk keluar dari gedung sakit hati...jom kita ke gedung lain...tak kesah la...gedung ka gudang ka....pacifik..summit..jusco..ahhh layan ja semua... buat sesuatu yang boleh kita lupa tentang sakit hati...ubat la hati sendiri..jangan harapkan orang yang sakitkan kita nak datang pujuk...persetan kan apa yang berlaku....INSYALLAH dimana ada usah di situ adaj alan keluar....cari pintu EXIT....

ummm..itu je kot.....aku pon masih belajar mengenal dunia ini...masih mencari dan menganalisis hati sendiri...jadi sebarang komen @ cadangan @ ada tips lagi gempaq...sila la suratkan k...
SUka? > klick button "LIKE"...

Friday, April 16, 2010

CERITA 1 RAHSIA.....


HATI SEORANG WANITA
Hummmm...lepas ni dah dah tak jadi RAHSIA la..... apa yang aku nak story hari ni adalah mengenai RAHSIA seorang GIRL @ WOMEN..... ada top 10 rahsia...jen3X


1. Sensitif :

Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet :

Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus :

Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas :

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban :

WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin :

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja :

Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego :

WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :

CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks :

SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata.......tak kenal maka tak CINTA. anugerah yang di beri kan oleh ALLAH kepada insan yang bergelar WANITA...


SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, April 15, 2010

SAmbIL mENyELAM sAMBIL MINUM......

11HB bersamaan hari sabtu yg mulia....aku dan 64org rakan yang lain telah berangkat ke
kerteh Terengganu,

ini pic bukti yang menunjukkan aku telah sampai di situ..dalam bulatan merah tu aku la...hihihihi




lawatan sambil belajar, ke Centralised Utilities Facilities (CUF) Kerteh, under subjek termodinamik. tapi aku bukan nak cerita pasal lawatan, nk cerita SAmbIL mENyELAM sAMBIL MINUM......aIR!!!!.... otw balik, kami singgah di cherating beach. 1st time la aku jejak kaki dekat pantai ni, nice....tak cercemar lagi la...itu yang penting. lepak kat pantai ni lama gak...guys yang lain bukan main seronok lagi bermandi manda, yang lain atas darat apa lagi posing sakan la....huhuhu macam2 angle ada, kiri kanan semua asik click jer...aku memory card hp full, so posing jer guna camera hp org lain, bukan senang nk picnic dgn kawan2, so ambil kesempatan la...apa lagi......kat bawah ni aku upload gambar yang telah di jayakan kan oleh gadis2 jelita..


mencari...tercari-cari


menggapai awan (*-*)


happy sokmo

thx kepada camera women ~~enot~~ maju setapak ke depan










SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, April 14, 2010

saya juga SUKA......

hye....hv a nice day
bosan betul hidup ni...bila dah penat study, ada exam pula...next week dah start exam....wake up fuzy...WAKE UP!!!!!...... lamunan terhenti,tettttt........

kalau bosan study saya akan buat benda yang orang lain anggap pelek, (mungkin la pelek) tp bg saya tak la pelek...cuz thats my hobi....really like it...nk tau ke apa yg saya buat??? hehehe...

even saya student engineering,but saya sgt suke masak2...hehhehe...mungkin mak saya dah ajar dari kecil untuk everyday mesti masuk dapur, tolong2...so skit sebanyak dah suke sgt masak...saya suka masak ni cuz, masak akan bg kepuasan...ada hasil la org kata...hehehehe....tp yg jadi peleknye...time saat genting nk final mcm skrg ni...saat kepala otak tention study...time 2 la saya rasa nk masak something....huh!!! mungkin ni bg kepuasan bg saya....but how bout my housemate...my roomate...?? apa perasaan mereka....( sedikit sebanyak akn menganggu kot )..hahhaha...tp masak untuk perut semua okey!!! bukan selfish sgt...after puas masak baru sambung study....saya akan rasa puas...baru otak boleh pick up after 2...

tp....itu dulu la, time duk umah sewa, masa diploma....skrg terbatas skit, duk hostel..masak air boleh la....itu la rasa busan sangat...xboleh nk lepaskan geram nk masak...hahhahah...btw masak ni penting untuk kaum hawa, even belajar tinggi melangit memasak ni kena la tahu skit2, ye la...nant dah berumah tangga skali skala nak juga masak untuk hubby, mak mertua...hahhah..




actually saye teringin sangat nk masak ayam masak merah ++ nasi tomato ++ sirap bandung...



saya pernah buat menu ni time raya 2tahun lepas....waaaa...penatnye 4 ekor ayam, nasi banyak juga la.....hari raya orang lain pakai lawa2 saya bau ayam..hahahhah....tp itu lah first time masak nasi tomato + ayam masak merah, dalam kuantiti banyak pulak tu....nasib baik sedap, kalau tak kena makan sorang2....)=



SUka? > klick button "LIKE"...

Tuesday, April 13, 2010

INdAH khAbAr dArI RuPa....

Yang kurik itu kendi;
Yang MERAH itu saga,
Yang baik itu budi;
Yang indah itu BAHASA.


menarikkan pantun orang melayu, bahasanya sangat tertarik dengan lenggok bahasa yang unik dan sopan, tapi di negara kita MALAYSIA bukan orang melayu saja yg sopan, semua kaum ada nilai estatikanya tersendiri, MALAYSIA sangat unik di mata dunia, 1 MALAYSIA.... (semangat patriotik pula kn...)

cerita hari ini...
INdAH khAbAr dArI RuPa....


satu lagi keunikkan bahasa melayu, simpulan bahasa yang di ungkap untuk menggambarkan sesuatu, mudah untuk di fahami, contoh mudah yang saya dapat berikan yang berkaitan dengan kehidupan seharian, kegilaan atau trend terkini ialah "cup cakes"

Berapa ramai yang setuju "cup cakes" sangat sedap??? bagi pendapat saya "cup cakes" tidak lah sehebat rupanya, yang di hias cantik, terjurai manik-manik, bunga-bunga comel dll, semua itu untuk menarik minat, itulah yang di khabarkan pada pelanggan. padahal isi sedap atau tidak andalah penilainya, sama ada sepadan @ tidak dengan rupa parasnya ...jika sedap di mata, tidak sedap untuk lidah,itu kan tidak sepadan namanya,

Tapi, apa yang menariknya "cup cakes" ini... dengan kewujudannya dapat menambat hati pelanggan sekali gus soal rasa di tolak ketepi, "cup cakes" kini begitu popular apabila menjelangnya hari bahagia, bufday party dan sewaktu dengannya...mungkin persembahanya membuatkan orang terpukau, cuba lihat yang ini,

wahhh...sangat mengiurkan...hahhahah...aku pon nak kalau macam ni...heheh ada sape2 nak bagi tak??

Apa yang boleh di kaitkan tentang idealogi "cup cakes" ini ialah pekhabaran yang indah itu bukanlah sebenarnya realiti kehidupan, biar pun cerita indah yang berputik belum pasti kesudahannya bahagia, dan biar pun hidup ini tidak seindah "cup cakes" tapi isi dalamannya biarlah sedap enak selalu, pekhabaran buruk pastinya ada sinar sebaliknya, begitulah sebelum datangnya pelangi hujan dulu ditengah hari...
SUka? > klick button "LIKE"...

Monday, April 12, 2010

adakah sejarah mungkin berulang....?

terasa teringin menaip, hampir 1tahun...
aku masih bingung, masih mencari hala tuju, masih tertanya-tanya, tapi aku pasti setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....walaupun hikmah itu hanya sekecil perubahan, tapi impaknya besar dalam diari hidup ini. aku akan terus mengikut perubahan masa....apa seterusnya jalan cerita ini... semoga ALLAH memberi jalan yg terbaik untuk aku.. SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!