4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 6, 2011

saya kenal SAYANG saya

entry kali ini untuk semua yg akan, sedang atau sewaktu dengannya dalam mood BERCHENTA~ 
dalam masa berchenta ni semuanya manis2 berlaka, semua baik  and wangi jer...yg buruk simpan dulu....tapi ada juga yg jenis tak reti nk sembunyi perangai yang busuk 2... bagus la cam 2..tak hypocrite orang katakan, tapi dalam bercinta ni masih ada batasnya, especially bg yang muslim la... tapi lagu ni so sweet, maybe tgah hangat berchenta g kn...jom layan...


Fynn Jamal - 150 Juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--


saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja

suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa


rahsia kita berdua....
SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, January 5, 2011

Kementerian tetapkan jadual kemasukan pelajar minggu pertama September

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan pada setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Jun ke September dapat dilaksanakan sepenuhnya, mulai sesi akademik 2013-2014.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos, manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan kementerian untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.

"Bagi tahun ini, selepas mengambil kira pandangan IPT, kita menetapkan jadual kemasukan pelajar ke IPTA pada minggu pertama September kerana tarikh pendaftaran asal yang dicadangkan dan cuti Aidilfitri adalah terlalu dekat.
“Oleh itu, kita akan memberikan kebebasan kepada universiti sama ada memanggil pelajar lama mendaftarkan diri, pada September atau mengikut jadual ditetapkan sebelum ini," katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai cadangan penyelarasan kalendar akademik IPTA di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, kementerian percaya pelaksanaan anjakan kalendar akademik dapat meningkatkan perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa menerusi mobiliti pelajar dan pensyarah di IPT tempatan dan luar negara.

Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi negara, katanya, pelajar IPTA perlu didedahkan dengan senario, budaya dan amalan di luar negara bagi membolehkan mereka membina sahsiah dan menimba pengalaman.

“Sebagai contoh, pendedahan menerusi Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik kepada pelajar IPTA kita mengenai amalan di luar negara, tetapi peluang itu tidak dapat dimanfaatkan kerana perbezaan jadual akademik antara universiti tempatan dengan negara berkenaan.

“Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar dan profesor dari universiti luar negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dengan penuntut serta tenaga akademik Malaysia," katanya.

Mohamed Khaled juga berkata, penyelarasan itu juga dapat membantu mengatasi mobiliti pelajar ke luar negara kerana setiap tahun Unit Pusat Universiti (UPU) berdepan pelajar yang sudah memasuki, keluar selepas mendapat tawaran ke luar negara pada September. 
 
 
p/s : sumber dari berita harian
SUka? > klick button "LIKE"...

berBLOg...

apa gunanya anda berBLOg...? kalau aku mula-mula buat blog tak tahu pun boleh cari duit, serius wehh..aku ni pekak IT juga..buat blog kononnya nak luah rasa hati, lepaskan geram tapi akhirnya terbuka minda sikit after baca entry OTAI2...rupa-rupanya dgn letak iklan kat blog boleh dapat duit...so baca punya baca dengan bantuan kawan-kawan "we explore with wisdom" (moto U aku neh...cedok skit ayat) hehheh....so apa lagi, nuffnang menjadi pilihan hati utk di jadi kan penaja...mula langkah 1st merisik dulu en. nuffnang. pastu en. nuffnang setuju nk jadi penaja....lega rasa hati, skit demi skit sekupang dua kupang jer pon..hahhaha..ada la juga dari buang masa xmasuk income...

tapi masih banyak benda tak faham...so masih banyak benda yang aku perlu berlajar, belum kenal mesra dengan en. nuffnang.. belum dapat apa-apa habuan dari en. nuffnang maksud aku belum dapat BE...aku nk BE..nk juga..nk juga!! bila nak dapat ni en. nuffnang syg?? walaupun belum dapat sku masih SETIA dgn dia tau..

ada tak siapa-siapa baik hati nk kasi BE kat aku...heheh boleh ke bagi. en. nuff jer boleh kasi kn...????
 yang penting kena rajin, tapi aku ni sibuk jer memanjang, bila free takde benda nk story pula...ok nak jalan-jalan jap dalam alam maya ni..jom kita berBLogwalking!! ayuhhh..


SUka? > klick button "LIKE"...

Monday, January 3, 2011

LAGU PILIHAN MINGGU INI >>

artis : Ayusitha

tajuk lagu : Tuhan Berikan Aku Cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
di jiwa ini Hampa…
*
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Reff :
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta…
Back to *
Back to Reff


SUka? > klick button "LIKE"...

Sunday, January 2, 2011

semoga cepat kahwin

doa untuk kawan2 and diri sendiri...(hehehe...nk juga kn, ada hasrat gak, cuma belum sampai masanya)...dian and diana sahabat dari kecik2 dulu sampai dah nk berumah tangga masing2, nama dorang pon hampir sama kn..bukan kembar okey!! tapi takdir dorang hampir sama,date bertunang nk hari yg sama, dalam banyak2 date nk juga date yg sama, tapi bukan di rancang mula2nya masing2 rahsia na buat surprise, sekali terclash date, hahhah..so nasib baik boleh ditukar lagi..si diana bertunang 25 and dian 26 on disember tahun lepas...maka boleh la aku pergi menyibukkan diri di kedua2 majlis sahabat2 ni.....ada lagi story, disebabkan masing2 nk rahsia antara 1 sama lain,maka warna tema bertunang pon sama..kah3 gelak skit kat hampa dua...ngeeeeeee!! itu la citarasa duaorg sahabat saya....naluri sama kot...jeng3X pasni jgn berebut date kawen lak na...

diana n i

  



dian and i

SUka? > klick button "LIKE"...

Saturday, January 1, 2011

selamat tahun baru 2011

salam seantero dunia!!!! walaupun entry di petang hari,tapi masih pada tarikh 1hb jan 2011, selamat tahun baru semua... semoga azam tahun lepas dah tertunai bagi yang belum selesai teruskan di tahun ni...semoga semua baik baik belaka k... SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!