Bingkisan dari hati
♥.....salam 1 MALAYSIA...
pertama sekali ingin di jelaskan entry ini bukanlah untuk melaga-lagakan kaum adam dan hawa♥...saya akui lelaki dan perempuan saling memerlukan.....tanpa lelaki siapalah perempuan..dan tanpa perempuan wujudkah lelaki? ALLAH telah tercipta lelaki dan perempuan berpasangan saling memerlukan.... "

lelaki = 9 logik 1 emosi...wanita = 9 emosi 1 logik"
sebab itu lah lelaki dipertanggungjawabkan dengan perkara2 yg lebih memerlukan
pertimbangan logik dari emosi dan wanita pula dipertanggungjawabkan dengan
perkara2 yg lebih memerlukan pertimbangan emosi dari logik.
tetapi....akhir-akhir ini banyak kes yang berlaku...di mana seperti kes ROGOL kanak-kanak perempuan...ragut dan sewaktu dengannya....ada juga kes di mana suami mencurah asid....jika si isteri itu bersalah sekali pun sang suami tidak perlu bersikap sampai sedemikian rupa....kejam sekejamnya..... “Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal”... jika sang suami bersikap demikian samalah seperti binatang yang bertindak tidak menggunakan akal....saya dahulukan dengan mohon maaf andai penggunaan bahasa yang kesat....
Lelaki dan perempuan berbeza.
Nafsu lelaki yang 1 itu besar pengaruhnya. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran lelaki berkisarkan nafsu yang 1 itu, . 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu. Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja......
mari menguji pandangan dan persepsi lelaki dan perempuan.
lihat contoh gambar di atas.... Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan. 9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
Dalam hadits shahih disebutkan:
إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ
“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)
jadi dapat di simpulkan 9 akal 1 nafsu untuk lelaki adalah untuk membimbing wanita yang 9 nafsu 1 akal...supaya saling melengkapi antara 1 sama lain.....bukan menggunakan akal fikiran untuk mengakploitasikan wanita..... dan wanita di luar sana juga saya yakin walaupun dengan hanya 1 akal kita dapat untuk mengenal pasti yang mana baik dan yang mana buruk......wallahulam......
komen dan pendapat anda amat di hargai....
SUka? > klick button "LIKE"...