4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Third time - After married

Assalamualaikum kawan-kawan blogger.... nak continue lagi cerita basi ni ( sini )

Alhamdulillah dapat juga aku continue.. pada 26hb Jan 2012 pada hari selasa... aku ponteng keja, jangan tiru aksi ini..hehehehe... bukannya apa, dah delay period sehari... so dah malas nak buat UPT sorang-sorang lagi.. kali ni terus pergi klinik, jumpa doktor and cakap dah delay period sehari ja pon... buat malu ja excited sangat.. 

So doktor pon suruh pembantu dia buat UPT, and kali ni baru la rasa yakin... doktor cakap positif.... Alhamdulillah terasa sangat bersyukur dengan kurniaan ini... en.hubby tunggu kat luar bilik je..xnak masuk sekali,so dia terpinga-pinga bila aku keluar dari bilik doktor buat muka sedih.... sampai masuk dalam kereta baru dia tanya "macam mana result sayang?" aku buat muka sekupang je... pastu aku pun jawab "POSITIVE" gembira bukan main la dia... dah confirm baru la dia yakin... cuma masih risau sebab usia kandungan masih baru 5week.. lepas ni nak kena buat ultrasound juga nak pastikan kedudukkan betul.. +/-9 month from today i'm mommy to be InsyaALLAH........

After 2 weeks, aku pergi lagi sekali ke klinik yang sama untuk buat ultrasound, Alhamdulillah keduduk janin di tempat yang betul, nampak la bulat dot kecik dalam rahim ku... usia kandungan 7weeks.. date jangka lahir (EDD) pada 1 oct 2012...
SUka? > klick button "LIKE"...

Thursday, January 5, 2012

KAHWIN ITU BAHAGIA

SERIUS!!!! kahwin itu bahagia.... tak pecaya ke?? kalau tak pecaya cuba kahwin....hhahaha,kahwin ni mana boleh main cuba2 kan....Tapi benda baik, jika kalau ada niat baik, banyak la berdoa pada maha yang ESA, insyaALLAH segalanya akan di permudahkan.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud. 
“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya di telah memelihara sebahagian daripada agamanya.”

PERKAHWINAN antara ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Seorang mukmin yang berkahwin dengan ikhlas untuk memelihara diri daripada maksiat mendapat pahala dan ganjaran Allah.
Pergaulan bebas hari ini mudah menjerumuskan golongan belum berkahwin melakukan perkara dilarang agama seperti bersekedudukan dan seks bebas.


Justeru, untuk mengelak perkara yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup bermasyarakat ini, Islam menganjurkan umatnya berkahwin serta membina keluarga bahagia berlandaskan syariat.
Pada masa sama, sebagai umat Islam, kita ingin mengikut serta memenuhi sunah Rasulullah SAW yang menjadi idola. Sabda Baginda SAW bermaksud: �Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku.� (Hadis riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW: �Kahwinlah kamu supaya kamu berkembang biak kerana sesungguhnya aku akan bermegah dengan banyaknya kamu di depan umat lain pada hari kiamat.�

Hadis itu menjelaskan kahwin perlu disempurnakan setiap umat Islam yang berasa dirinya mampu berbuat demikian. Walaupun Islam tidak mewajibkan kahwin, namun ia adalah suruhan dan anjuran yang tidak wajar diingkari.

Oleh itu, jika seseorang berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta ditakuti melakukan perbuatan nista seperti zina, maka wajib ia kahwin. Jika tidak ada hal ditakuti tadi, sedangkan ia mampu dan sanggup berkahwin, maka hukumnya sunat, tetapi tidak digalakkan dalam Islam. Makruh seseorang berkahwin jika dia tidak mampu atau sanggup memberi nafkah selepas berkahwin.

Namun, perkembangan hari ini memperlihatkan sesetengah pihak menganggap perkahwinan tidak perlu bukan disebabkan tidak mampu sebaliknya sengaja memilih hidup solo kerana inginkan kebebasan mutlak. Islam melarang orang yang sengaja hidup membujang.nAda juga yang tidak mahu kahwin atas alasan tidak mahu memberi nafkah atau memikul tanggungjawab menjaga serta memenuhi keperluan ahli keluarga. Ini sikap orang malas dan berlawanan syariat Islam.

Sabda Nabi SAW bermaksud: �Satu dinar engkau belanjakan di jalan Allah dan satu dinar engkau belanjakan buat memerdekakan budak, dan satu dinar engkau belanjakan buat anakmu. Yang paling utama daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau belanjakan buat anakmu.� (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Dzar, Nabi Muhammad SAW bertanya Ukkaf Basir At Tamimi Al Hilali: �Wahai Ukkaf! Apakah engkau mempunyai isteri?

�Ukaff menjawab: Tidak.� Baginda SAW bertanya lagi: �Adakah engkau orang yang mampu dalam keadaan baik dirimu?� Jawab Ukaff: �Ya, aku orang yang mampu.� Mendengar jawapan itu, Nabi SAW pun bersabda seperti memberi keputusan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: �Jika begitu engkau daripada saudara syaitan. Jika engkau daripada kaum Nasrani, nescaya engkau termasuk pasturnya. Sesungguhnya sunah kami ialah nikah (kahwin). Sejahat-jahat kamu ialah yang tidak kahwin. Serendah-rendah orang yang mati daripada kamu ialah yang tidak mahu kahwin. Apakah dengan syaitan kamu akan berhubungan? Tidak ada senjata bagi syaitan yang lebih ampuh buat menggoda orang salih, lebih daripada meninggalkan perempuan (tidak kahwin).�

Untuk maklumat lanjut [klik di sini]





” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW” 

SUka? > klick button "LIKE"...

Wednesday, January 4, 2012

Hidup Dengan Si-DIA

Drama TV3 tentang Dhia baru je abis...aku tetap tak sempat layan dari episod pertama sampai la akhir...yang aku baca post dekat Facebook...tentang dhia best,tentang dhia sedih...bestnya dapat husband macam ZIKIR...ye ke best..best sangat ke??? rasa kena download juga la cerita ni... masih ketinggalan zaman.... :P

Okey, malam ni bukan nak story tentang dia tu...tapi DIA yang aku maksudkan ialah................... (>__<)


my sweet hubby

inilah dia yang kini bergelar En.hubby kepada aku...ngeh3..gelak gatai...bukan sebab dah tak ada idea atau topic nak di tulis, cuma punya suka aku la blog aku . hari ini atau lebih tepat lagi pada malam ni...En hubby buat saya tersenyum lebar hehehe nak tahu kenapa...si en.hubby yg terserlah kenakalannya....nasib baik malam ni tak ada. kalau tak tokak dahi..:( (mood tetiba sedih..malam ni DIA keja shift malam) bujang la aku malam ni.....

okey berbalik pada cerita si.DIA, seperti biasa aku kerja office hour (8am-6pm) yang en.hubby pula night shift, maka tidak jumpa la kami sepanjang waktu shift begitu.. kena tunggu tukar shift siang pula... tadi petang aku on the way balik keja dia pula on the way pergi kerja, so memang tak sempat nk bersalam la...yang sempat terjumpa di tengah-tengah perjalanan..kepala aku memang terteleng la ke sebelah kanan sambil berharap dapat la nampak laki aku....yeyyyy!!!! petang tadi dari jauh aku nmpak dia angkat tangan melambai-lambai...aduhhhhh jumpa jumpa walaupun hanya selisih...(masing-masing merempit pergi n balik kerja)... senyum ja sepanjang jalan nak balik rumah tadi... 

Setibanya di rumah...berat kaki melangkah masuk rumah, balik kerja suami tak ada.....( dalam kepala otak duk fikir, malam ni nak basuh baju, nak lipat baju yang bertangguh dua tiga hari tak sempat lipat, nak kemas bilik..macam-macam la.... ) adehhhh  tak baik mengeluh!!

WA.wa..walaweiiiiii...................... (>____________<) seronok bukan kepalang, bila tengok baju dah siap basuh... paling sukar untuk dipercayai timbunan baju dalam bilik dah siap lipat, YES!!! alhamdulillah, syukur..... lelaki macho itu buat kerja rumah, "terima kasih sayang...... tidak perlu hadiah sebesar gunung, semahal intan berlian, cukuplah sekadar saling membantu....ayang sangat menghargai abang" terima kasih Ya Allah, kau kurniakan suami yang memahami kepada ku....


good nyte en.hubby....
kerja rajin-rajin cari rezeki halal..... sayang abang sangat!!!!!
SUka? > klick button "LIKE"...

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!