Bismillah....
Entry mengenai SUSU FORMULA... Yea aku dah try bagi D.A fm... bukan bermakna dah nak stop D.A breast-milk ok... yupppp memang sebelum ni aku beria-ria nak fully breastfeeding D.A... sekarang D.A dah masuk 6month old ++ dah tak fully BF dah dapat makan =)...so far setakat sekarang D.A belum boleh terima botol 100%.... dan masalah yang menimpa aku semakin kronik... refer older post |
SINI| |
SINI|
sedehhh.........
Ini bukan bermakna Niat nak breastfeed
D.A sampai dua tahun sudah terkubur, aku just nak rehatkan cik B sehari dua yang
sedang menanggung seksa sakit yang boleh mengganggu emosi aku terhadap
penghasilan susu ibu...dan mesti orang akan bertanya kenapa tak pump je?
aku dah pump bagi fresh from farm kepada D.A tapi di reject..dan susu aku tak semeriah dulu kala...pump pun kais makan pagi je secoet ja... sedihhhh hati mak nak!
aku pun buat-buat bijak call text massage dekat abah D.A suruh beli fm... abah tak banyak tanya balik ja keja singgah Giant and call ibu tanya nak beli susu brand apa... abah tanya promoter giant so confirm la promoter tu suggest yang terbaik di antara terbaik..tapi masih belum boleh menandingi susu ibu la... enfalac A+.. aku tak bagi beli yang tu la sebab tak tau keadaan D.A sebenarnya macam mana, adakah D.A boleh accept..takut membazirkan..aku suruh hubby buat pilihan antara dutchbaby or latogen...
hubby aku bawa balik susu ni...
Dan bertambah tambah
tambah tambah tambah sedih (over sedih) bila aku try bagi fm dekat D.A semalam.. kononnya nak bagi breast aku berehat seketika la kan.... ya.. mula-mula bagi berbunga hati ibu ni... sebab nampak reaksi positif D.A isap juga walaupun macam main-main saja... cuma rasa susu lain macam D.A macam nak muntah..tapi D.A terus juga agenda ibunya ini.. banyak susu meleleh keluar, tidak sampi 15minit sesi penyusuan berlangsung aku dah dapat tengok sekitar mulut jadi merah merah.... apakah????????? jadi macam
Alahan Kulit - Allergies....(alahan sebab susu juga..baru perasan) adakah ini satu pertanda D.A hanya sesuai dengan susu ibunya sahaja....
tapi kena bagi problem luka sembuh ibu rela untuk bersamamu sayang.
 |
gambar semalam..nasib baik sikit saja minum..kalau minum habis 3 oz mahu bengkak satu badan..kesian anak ibu...so semalam ibu rela menahan sakit lagi sekali.. demi anakku sayang |
PERSOALANNYA..........
D.A alahan terhadap susu lembu atau lactosa?? kalau alahan lactosa banyak jual susu lactosa free....kalau alahan terhadap susu lembu terkoyakkk juga poket abah nak kena beli susu rumusan soya.... tak banyak susu yg berasaskan soya...sebelum pergi ke klinik ada baiknya start meng-google info tentang susu lembu dan lactosa.
setelah penat lelah meng-google.. aku rasa D.A alahan dengan susu lembu (jadi doktor sekejap)..tanda alahan susu lembu lebih banyak dari lahan lactosa...lagi pula D.A hanya minum sedikit (tak sampai 1/2 oz pun) meleleh keluar yang banyak....
UNTUK BAYI YANG ALAHAN KEPADA SUSU LEMBU
Apa itu alahan susu lembu?
"Susu terdiri dari protin,gula lemak,vitamin,bahan galian dan air.Ada
sebahagian kanak-kanak mempunyai sistem immunologi abnormal yang
bertindakbalas kepada protin susu. Ini menghasilkan keadaan dipanggil
alahan kepada susu lembu.
Apakah ia masalah biasa?
-
Antara 1–5 % bayi ada alahan kepada protin yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu.
-
Kebanyakan bayi akan bebas dari alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun.
Bagaimana mengesan alahan tersebut?
Tanda dan gejala akan timbul dalam jangka masa 6 bulan pertama 2 Jenis tindakbalas utama :
-
Serangan gejala nafas berbunyi, muntah,gatal ,ruam / bintat
(urticaria), bengkak pelupuk mata dan bahagian lain badan(angioedema)
dan tindakbalas seluruh badan(anaphylaxis) yang cepat dan menyerang
secara tiba-tiba. D.A baru jer minum tak sampai 15 minit dah naik merah-merah...
-
Tindabalas yang lewat adalah perkara yang lebih biasa dan ia
mengakibatkan gejala termasuk berak cair, najis berdarah, muntah, perut
memulas dan pembesaran terbantut (poor growth)
Dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa kerana tanda-tanda ini juga biasanya timbul dalam penyakit lain. ok...nasib baik ada note ni...so need to meet with doktor to confirm.
Apa kemungkinan masalah yang timbul dari alahan susu lembu?
Masalah yang mungkin timbul termasuk :
-
Mempunyai risiko tinggi mengalami alahan seperti asma dan ekzema
-
Penyakit usus disebabkan alahan susu lembu menyebabkan anak tidak membesar.
-
Kekurangan zat makanan boleh berlaku sekiranya penukaran susu bukan berasaskan susu lembu tidak dilakukan pada peringkat bayi.
-
Kemungkinan berlaku kematian akibat serangan teruk (anaphylaxis)
NOTE: masalah ni buat aku makin risau nak introduce D.A dengan susu lembu...aku bukan paranoid sangat sampai cerewet segala macam....
Bagaimana alahan terhadap susu lembu dirawat?
-
Bagi kes alahan susu lembu yang teruk, ubatan seperti epinephrine/adrenaline dan antihistamin adalah perlu.
-
Elakkan pengambilan semua makanan berasaskan susu lembu.
-
Ibu yang menyusukan anak mereka juga dihalang dari mengambil makanan berasaskan susu lembu. aku memang minum susu lembu...ducthladu full cream lagi...ok je D.A before ni...
-
Bayi yang diberi susu formula disyorkan menukar kepada susu yang
berasaskan soya atau yang diproses menjadi separa hadam (chydrolysate
based formula).Bagi kes yang teruk tukarkan kepada susu yang berasaskan
asid amino dan ini mungkin boleh membantu.
-
Vitamin D dan tambahan kalsium mungkin perlu jika anak anda tidak mengambil susu.
-
Susu lembu mungkin boleh diberikan semula kepada anak anda pada usia 12 ??? 18 bulan dengan pengawasan doktor.
Apakah cara mencegah alahan susu lembu?
-
Memberi susu badan sepenuhnya selama 6 bulan adalah digalakkan kepada
bayi yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami alahan seperti
asma,eczema untuk melewatkan gejala jika bayi anda ada alahan pada susu
lembu. sejarah ahli keluarga...mungkin juga...maka aku cakap aku dulu tak boleh minum susu lembu langsung aku akan muntah sampai biru muka...errr hitam kot mak...pastu sebelah hubby ada la SIL aku dua orang tak boleh dengan susu lembu akan cirit birit dan muntah...hubby aku ok je...tapi masa tu tak tahu lagi apa puncanya...
-
Sekiranya bayi anda terpaksa diberi susu formula, susu yang telah
diproses menjadi separa hadam (chydrolysate based formula) adalah
pilihan yang terbaik.
Peringatan
-
Alahan bersilang antara susu lembu dan susu soya mungkin berlaku pada
sesetengah bayi. Lebih kurang 15% bertindak cepat kepada alahan susu
lembu manakala setengah dari mereka mengalami alahan yang lebih lewat
adalah alahan kepada protein susu soya.
-
Baca pada label makanan dan elakkan makanan yang mengandungi atau
bahan yang berkaitan dengan protin susu seperti coklat,manisan yang
bercampur susu,daging salai dan sosage.
-
Dapatkan nasihat pakar pemakanan berkaitan kandungan makanan yang kurang pasti.
-
Apabila anak semakin membesar penerangan perlu diberikan kepada mereka
mengapa perlunya dia mesti mengelakkan pengambilan makanan yang
mengandungi susu lembu.
kalau nak kepastian lebih mengenai ni u alls boleh ke sumber google
alahan susu lembu dan
alahan laktosa.....
p/s: kalau dah jumpa dengan doktor nanti aku update entry ok..sebab musabab dan adakah benar D.A alahan dengan susu lembu... nak kena minum susu soya isomil...aku dah la baru je baca articles soya tak bagus...sejauh mana kebenaran wallahualam...
SUka? > klick button "LIKE"...