Menaip entry dikala "malam jumaat" dua orang kesayangan aku dah pun selamat ke destinasi mimpi masing-masing....Alhamdulillah, si Abah penat berkerja dah mengeruhhh pun... (mengeruh = berdengkur), si comel tu baru aku mula nak menaip dah berbunyi so kena kasi tenteram itu budak dulu....
Malam jumaat, eh! cerita malam jumaat!! menyampah,,,aku dah lama tak tengok tv..especially tv3...ada ka asyik cerita horor jer....mentality orang melayu! dah tersemat sejak kecik malam jumaat malam ada hantu..puiiiii!!! malam jumaat ni malam baik-baik..malam cari pahala lebih atau malam nak cover dosa yang lepas-lepas... bagi yang dah kahwin tu sebut je malam jumaat senyum sampai ke telinga...yang tu jer yang terlintas..adoiyaiiii T____T adakah aku tergolong?? uitttt mencarut beleter apa aku panjang-panjang ni...
Back to the topic entry malam jumaat ni.... tidur...ya tidur.. lately aku sangat la risau dengan polar tidur Dea, seriously melihat sendiri perkembangan anak depan mata macam-macam yang aku fikirkan.. polar tidur Dea sekarang adakah normal macam anak orang lain... so aku pun tanya en.google la malam jumaat ni...
so input yang aku dapat...umur Dea around 5mo++ near to 6mo, kira memang normal la polar tidur Dea sekarang camtu after di congak di tambah tolak waktu tidur bayi 6mo adalah around 14 to 15 hour per day. Dea tidur waktu malam lebih kurang / purata 12jam.. sometime she sleep at 8pm-8am...kadang terover main 10pm-9am....(tak kira terjaga waktu tengah malam) camtu la setiap malam....plus waktu siang susah aku nak jangka... Dea memerlukan between 2-3hour untuk memenuhi syarat tidur bayi yang sebetulnya...
Tidur siang dea la yang aku risau sekarang ni...alahaiiii anak ibu tidur siang sangat la sekejap sekejap...pastu nak tunjuk perasaan..hadoiii dah tidur tak cukup kan... sekali tidur 30min...pastu terjaga nak nangis--its normal la baby menangis tu tanda positive juga...(ekspresi diri) kalau tiga kali tidur baru 1jam1/2...itu kalau tiga kali tidur selalunya Dea tidur siang dua kali jer....means sejam jer....penat2...tak dan ibu nak manja kan diri sendiri kena manjakan Dea dulu la...
okey pasni aku nak pastikan dan kena ikhtiar cara nak bagi Dea tidur siang 3-4jam, dua kali tidur 1jam 1/2 ok la kan.....
apa yang aku risaukan sebab musabab dengan tidur ni nampak remeh je kan....pada hal dengan tidur ni bagi kesan beb! cer baca artikel ni Tidur cukup bentuk tingkah laku anak
So as a mommy sangat risau dengan tidur Dea...tidur ni sangat penting untuk pertumbuhan atau perkembangan otak bayi.....tidur mepengaruhi emosi bayi sehingga dewasa... baca artikel ni.. Ibu bapa perlu tegas
Boleh la try tips nak tidurkan bayi dari johnson&johnson
“Kajian dijalankan Johnson & Johnson menunjukkan mandian serta
urutan boleh menenangkan bayi serta memberikan tidur yang lena sepanjang
malam. Sentuhan lembut menerusi minyak bayi dan bau-bauan memberikan
bayi rehat sehingga esoknya. Gel mandian dan krim losen Johnson
menggunakan pati NaturalCalm dirumus dengan aroma nyaman dan pati bunga
melur lembut. Kedua-dua produk ini terbukti secara klinikal dalam
membantu bayi dan kanak-kanak tidur lebih lena dan lama sepanjang malam.
InshaaAllah aku akan cuba untuk menetapkan waktu tidur...supaya dea akan terbiasa tidur ikut jadual lepas ni...
adios!!! jom ibu pun perlu cukup tidur untuk jaga Dea esok hari....
No comments:
Post a Comment
thank you sebab sudi mengomen....