4EVA N EVA AFTER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sinaran yg di pelihara Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 14, 2011

JOM MENGENALI LELAKI SEKSI

Dalam suasana internet yang bergerak seperti siput ni, wani ( my roomate ) bagi link I LUV ISLAM... terbaca 1 artikel dan rasa nak kongsi dengan bloger-bloger.


Dimana letaknya seksi seorang lelaki?
  • Adakah pada otot dadanya yang bidang?
  • Adakah pada bahunya yang lebar?
  • Adakah pada warna kulitnya?
  • Adakah pada ketinggiannya?
  • Adakah pada tebal kumisnya?
gambar hiasan..ermmm macam ni ke ciri-ciri seksi?

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome, hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu menepati kriteri pasangan terbaik  berdasarkan hadis Rasullah s.a.w itu.

Namun, pada pendapat saya, sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:
  • Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan) 
  • Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
  • Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
  • Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan
Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;) petikan segar dari ladang MIMI SALLEH

p/s : dengar tu lelaki-lelaki di luar sana...kalau cik FUZY pon nak yg rajin gak..sekurang-kurangnya boleh bantu membantu, kalau boleh tolong jemur kain pon kira ok la...kira lelaki tu tak la ego sangat. boleh ringankan beban....awww!!! seksi u..



SUka? > klick button "LIKE"...

4 comments:

  1. lelaki bujang...sila amik perhatian yer...

    errr...klu dah kawin...malas2 takpe...ekeke

    ReplyDelete
  2. huhuhu..yg bujang diutamakan..yg dah kawen pon rahsia nk jadi seksi apa salahnya..tambat hati si isteri

    ReplyDelete
  3. lelaki yg sexy pd mate sy adelah apabila die malu utk sebut sy sexy...sbb die takot utk bayangkn situasi itu..hahahahaahh...
    sy rse die sgt sexy ble malu..

    ReplyDelete

thank you sebab sudi mengomen....

Friendship forever

Daisypath Friendship tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FIND WHAT EVER U WANT HERE!!